Tema dan persoalan



Yüklə 25,29 Kb.
tarix23.09.2017
ölçüsü25,29 Kb.
#1396

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA DAN PERSOALAN

1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau secara tidak langsung (implicit).


2. Tema dapat dikesan setelah sesuatu karya itu dapat dibaca.
3. Persoalan pula bermaksud perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam karyanya.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan berdasarkan hokum sebab dan akibat.
2. Watak tidak semestinya manusia tetapi mungkin terdiri daripada haiwan, pokok atau unsure alam saja.
3. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
4. Pelukisan perwatakan itu boleh dilakukan secara langsung oleh pengarang atau secara tidak langsung iaitu melalui aksi, tutur kata, atau pemikiran watak-watak berkenaan.
5. Watak-watak terdiri daripada:
Peta minda

a) watak utama


Watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita.
b) Watak sampingan
Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama dalam cerita berkenaan.
c) watak bundar
Watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya diperincikan oleh pengarang sehingga terlihat perbezaannya daripada watak-watak lain.
d) Watak pipih
Hanya satu aspek sifat atau fikiran watak yang difokuskan. Watak ini tidak berkembang dan tidak kompleks.
e) Watak dinamik
Watak yang berkembang dan berubah sama ada dari segi aksi, fikiran, pandangan atau perasaan.
f) watak statik
watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.
g) watak kodi
watak yang konvesional atau watak yang selalunya terdapat dalam cerita rakyat. Watak ini memiliki sifat persendirian yang sedikit tetapi selalunya bersifat stereotaip. Contohnya watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat.

PLOT


1. Plot ialah susunan peristiwa dalam sesuatu cereka dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2. Peristiwa itu mungkin disusun secara kronologi(yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan) atau tidak kronologi(sebaliknya).
3. Dalam plot, terdapat binaan plot dan teknik plot.

Binaan Plot

1. Binaan plot terdiri daripada eksposisi atau pengenalan, pertengahan dan pengakhiran.
2. Eksposisi atau pengenalan merupakan bahagian untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan masalah atau konflik yang wujud.
3. Akibat perhubungan antara watak-watak antagonis dengan protagonis maka timbullah konflik.
4. Konflik ialah pertentangan atau pertikaian antara watak dengan watak lain, antara watak dengan dirinya sendiri, atau dengan persekitaran..
5. Dalam bahagian pertengahan, konflik yang berlaku menjadi semakin rumit dan terpaksa dihadapi oleh watak-watak.
6. Pertentangan dan kerumitan itu menuju ke suatu tahap yang dinamakan klimaks atau puncak cerita.
7. Klimaks dalam cerita merupakan bahagian yang menunjukkan keadaan kritikal, cemas, ngeri, gembira atau mendebarkan akibat daripada pertentangan antara watak.
8. Pada tahaop ini jugalah satu-satu konflik itu akan menemukan penyelesaian.
9. Selepas klimaks, cerita akan bergerak menuju ke bahagian pengakhiran atau peleraian.
10. Bahagian pengakhiran atau peleraian ini ialah bahagian yang menunjukkan masalah telah menemukan penyelesaian. Namun begitu, ada juga pengarang cenderung mengakhiri ceritanya di bahagian klimaks.
TEKNIK PLOT

1. Teknik plot ialah cara yang digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot supaya ceritanya menarik. Antara teknik plot ialah:

(a) Imbas kembali
i)merupakan suatu teknik atau cara pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
ii) Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog atau monolog dalaman watak-watak.
(b)Imbas muka
h) teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
i) Teknik ini dapat mewujud keyakinan tertentu di kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil.
(c) saspens
j) Dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku seterusnya.

(d) Konflik


i) Merupakan pertentangan antara dua pihak atau kekuatan dalam satu urutan plot.
ii) Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.
iii) Konflik ini tidak semestinya melibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap atau pemikiran.
iv) Konflik dalaman pula merujuk kepada pertentangan dalam diri watak yang melibatkan fikiran dan perasaan watak berkenaan.
v) Cerita yang banyak menonjolkan konflik dalaman kurang memaparkan aksi watak.

(e) Kejutan


i) Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca inilah kejutan.


ii) Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pambaca
iii) Kejutan merupakan unsure yang mampu menjadikan plot cerita lebih menarik

(f) Dialog


i) Percakapan atau pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak
ii) Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.
iii) Dialog diwujudkan untuk menggerakkan cerita.
iv) Dialog dimulakan dengan tanda pengikat kata (") dan diakhiri dengan tanda penutup kata (")
(g) Monolog
i) Tutur kata atau pengucapan watak secara bersendirian.
ii) Menolog lebih merupakan usaha untuk menyampaikan fikiran atau perasaan.
iii) Pernyataan perasaan dan fikiran itu mungkin dalam bentuk doa, ratapan, keluh kesah atau rayuan cinta.
(h) Monolog Dalaman
i) Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak.
ii) Bagi pengarang, teknik ini menjadi alat untuk merakamkan isi hati, pergolakan batin, fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.
iii) Monolog dalaman hanya wujud dalam cerpen atau novel.
iv) Sifat-sifat monmolog dalaman ialah berasa kecil hati, bersifat unsure pemikiran, bersifat menentang, bersifat psikologi, bersifat menetapkan azam, bersifat ragu-ragu, takut, angan-angan dan ego.
v) Monolog dalaman lazimnya ditandai dengan kata-kata rintih hatinya, keluhnya, bisik hatinya dan sebagainya.
LATAR

1. Latar ialah keterangan yang berkaitan dengan watak, ruang , masa, tempat dan suasana terjadinya cerita dalam sesuatu karya.


2. Latar terbahagi kepada tiga iaitu:

  Latar Tempat


1. Tempat berlakunya peristiwa dalam cerita.
2. Misalnya latar cerpen Budi Yang Tak Terbeli ialah di kota dan di kampung

Latar Masa


1. Masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesuatu cerita.
2. Misalnya latar masa dalam cerpen Keran Manisnya Epal ialah pada waktu pagi.

Latar Masyarakat


1. Keadaan atau citra masyarakat di tempat cerita berkenaan berlaku.
2. Gambaran tentang keadaan itu antara lainnya merangkum agama, kepercayaan dan pekerjaan.
3. Misalnya latar masyarakat dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ialah masyarakat orang asli.




GAYA BAHASA
1. Gaya bahasa ialah cara seseorang menggunakan bahasa sebagai alat atau wahana untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesutau tema dan persoalan melalui kerya mereka.
2. Kemahiran menggunakan gaya bahasa akan memancarkan keindahan (estetika) dalam sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadian penulis kerana biasanya seorang penulis memiliki gaya bahasanya yang tersendiri.
3. Aspek-aspek gaya bahasa ialah:

DIKSI
1. Diksi bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang dalam karyanya.


2. Diksi yang baik sewajarnya memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak atau mesej.
AYAT
1. Ayat merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karya mereka, misalnya ayat pendek, ayat panjang, ayat songsang dan sebagainya.
2. Cara pengarang membina dan menyusun ayat dapat menimbulkan kesan tertentu kepada pembaca
PERSONAFIKASI
1. Personafikasi dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan.
2. Maksud personafikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak -tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak.

SIMILE
1. Simile ialah perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.


METAFORA
1.Metafora merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat dan sebagainya.
HIPERBOLA
1. hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
SINKOF
1. Sinkof bermaksud penyingkatan perkataan.
2. Contoh:
"Apa dah jadi ni?"
Kata sudah menjadi dah
Dan ini menjadi ni.

RIMA
1. Rima ialah persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baria dalam puisi.


2. dari segi kedudukan terdapat rima awal, rima dalam, dan rima akhir.
3. Contoh:

Tikar pucuk tikar mengkuang;


Alas nikah raja melayu;
Ikan busuk jangan dibuang;
Buat perencah si daun kayu.

- rima tengah - pucuk dengan busuk


- rima akhir - mengkuang dengan dibuang.
ASONANSI
1. Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.
2. Contoh: Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(pengulangan vokal a)
ALITERASI
1. Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris.
2. yang berikut ialah contoh aliterasi
memacu menghimpun kekuatan.
(pengulangan konsonon m)
PENGULANGAN
1. Unsur pengulangan berlaku pada kata, ungkapan, baris atau rangkap yang diulang dalam sajak.
2. Ada dua unsure pengulangan, iaitu anafora dan epifora.
3. Anafora ialah pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.
4. Contoh:
Tambah menghimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
Tambah menghimbau sorotan kitab ESA!
5. Epifora pula ialah pengulangan kata pada akhir baris.
6. Contoh:
Yang kian memberat di pundakku
Kulalui lorong-lorong hari sepiku.
PERLAMBANGAN

1. Perlambangan atau symbol ialah kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa.


2. Contoh:
Masa sudahku lebih mahal
Sesudah senja dan murah
Di sebelah pagi
 PENGAJARAN
1. Pengajaran yang juga dikenal sebagai amanat atau mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pemnbaca.
2. dalam karya sastera tradisional, amanat tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang.
3. Dalam karya sastera moden, amanat itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung oleh pengarang.
 SUDUT PANDANGAN
1. Sudut pandangan ialah kedudukan pencerita dalam usaha menyampaikan ceritanya.
2. Antara sudut pandangan yang perlu dipelajari termasuklah:
(a) Sudut Pandangan Orang Pertama

i. Pengarang terlibat dalam lingkungan cerita


ii. Pengarang memegang watak utama atau watak sampingan dan menggunakan kata ganti nama aku atau saya.

(b) Sudut Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu

i. Pengarang berada di luar lingkungan cerita tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya.
ii. Pengarang bukan setakat boleh menceritakan pergerakan fizikal watak-watak, malah dapat menceritakan perasaan dan fikiran semua watak.

© Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas

i. Pengarang berada di luar lingkungan cerita dan pengetahuannya atau penguasaannya terhadap watak terbatas.
ii. Pengarang mungkin hanya mengenal sifat luaran dan dalaman watak saja, sementara watak-watak lain dapat digambarkan hanya secara ringkas saja.

(c) Sudut Pandangan Objektif


i. Dalam sudut pandangan objektif, pengarang berada di luar lingkungan cerita.
ii. Pengarang tidak menceritakan perasaan atau fikiran watak-watak. Sebaliknya, pengarang hanya menceritakan aksi watak-watak dalam cerita, dan terpulanglah kepada pembaca untuk membuat tafsiran.
(d) Aliran Kesedaran
i. Suatu kaedah bercerita secara moden yang digunakan dalam karya cereka untuk menggambarkan kesedaran watak.
ii. Kesedaran itu digambarkan secara menyeluruh baik pada peringkat sedar mahupun pada peringkat bawah sedar, dan apa-apa yang digambarkan tentang watak itu bukan saja perbuatannnya yang dapat dilihat tetapi juga yang mencakup fikiran. Hal itu termasuklah ingatannya, perasaannya, atau pengalaman bawah sedar lain yang dihubungkan tanpa aturan.

 

 



 
Yüklə 25,29 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə