Novel perwatakan Perlukisan dan perkembangan watak. Contoh : Rentong Novel psikologi



Yüklə 42,74 Kb.
tarix23.09.2017
ölçüsü42,74 Kb.
#1398





  • Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.

  • Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik.

  • Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :

Novel Perwatakan

Novel Psikologi

Novel Peristiwa

Novel Resaman

Novel Sejarah

Novel Sosial

Novel Politik

Novel Lawan Alam  



Novel perwatakan

  • Perlukisan dan perkembangan watak.

  • Contoh :Rentong

Novel psikologi

  • Menekankan penjiwaan watak

  • Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Novel peristiwa

  • Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan.

  • Contoh : Puteri Gunung Tahan

Novel resaman

  • Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.

  • Contoh : Cinta Gadis Rimba

 

Novel sejarah

  • Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam

  • Contoh : Panglima Awang

Novel Sosial

Menekankan mengenai persoalan masyarakat

Contoh : Salina

Novel Politik

Persoalan politik

Contoh : Krisis

Novel lawan alam


  • Kisah kawasan-kawasan tertentu

  • Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan


sinopsis Novel Tragedi empat disember


Kamarul Azam meminta kebenaran daripada ayahnya iaitu encik Razali dan ibunya Puan Khatijah untuk mengikuti perkhemahan di Tanjung Pangku , Johor. Dia dan beberapa orang kawannya anggota pengakap sekolah serta pandu puteri mengikuti perkhemahan itu untuk mengambil Ujian kelas pertama. Kebetulan pada hari itu ER akan mengiringi Menteri Pertanian sebagai wartawan kehormat dalam lawatan ke negeri-negeri di utara semenanjung. Malangnya kapal terbang yang dinaiki oleh ER telah dirampas oleh pengganas. Bersama dalam penumpang itu ialah 93 orang penumpang dan 7 orang kakitangan.
Semasa aktiviti perkhemahan Azam melihat kejadian kapal terbang meletup di udara. Dia tidak tahu bahawa ayahnya turut berada di dalam kapal terbang tersebut. Azam dan Razi yang pergi ke tempat kapal terbang terhempas itu telah diculik oleh beberapa orang lelaki bersenjata yang dipercayai perampas kapal terbang tersebut. Mereka membawa Azam dan Razi ke tengah laut lalu membiarkan motobot mereka karam. Azam dan Razi hanyut di tengah laut hingga pengsan. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Pak Widodo seorang nelayan dari Pulau Ransang , Sumatera Timur. Dengan bantuan Antik , anak PW mereka berjaya pulang ke Johor . Azam dapat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ayahnya . Azam berharap agar penjenayah yang merancang rampasan itu akan segera ditangkap.


Pengalaman penuh tragik yang ditempuh dengan ketabahan

a) ketabahan Azam dan Razi ketika bot rosak semasa letupan – akibat letupan kapal terbang, bot merempuh tebing tali air lalu rosak – tidak berputus asa – berikhtiar untuk membaiki kerosakan – tidak berjaya – menggerakkan bot itu dengan galah sahaja.

b) Azam dan Razi tabah ketika ditawan oleh penjahat – ditinggalkan di dalam motobot yang bocor dengan tangan terikat – tidak patah semangat – membuka ikatan – berjaya.

c) keluarga mangsa menerima takdir – berkumpul di Hotel Gentre untuk mengetahui perkembangan tragedi – saling membantu dan memberikan sokongan moral sesama mereka.




a) kenakalan anak dalam keluarga yang bermasalah.


b) Disiplin amat tinggi dalam kalangan anggota tentera.
c) ketegasan ketika menjalankan tugas diperlukan.
d) semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan.

(e) Persoalan tentang ketabahan ketika menghadapi dugaan.
- ditinggalkan ibu bapa sejak kecil.
-tidak mendapat kenaikan pangkat.
-cedera parah dalam operasi .



Watak utama : Kamarul Azam

Perwatakan

  • Anak Encik Razali dan Puan Katijah.

  • Mempunyai dua orang adik – Kamarul Azmi dan Liza.

  • Tinggal di bandar Johor Bahru.

  • Ketua pasukan pengakap sekolah.

  • Berusia 14 tahun.

  • Seorang yang berani – berhadapan dengan sekumpulan pengganas yang berserkup kepala.

  • Dihormati oleh rakan-rakannya – arahannya dipatuhi.

  • Tidak pernah meninggalkan solat.

  • Menyayangi keluarganya.

  • Sabar menghadapi peristiwa tragis – ayahnya mangsa nahas udara.


WATAK SAMPINGAN

(1) Antik


- anak Pak Widodo Samsi dan Ibu Tini.
- membantu bapanya menangkap ikan.
- sebaya dengan Kamarul Azam.
- cekap mengendalikan motobot.
- warga Indonesia.
(2) Razi
- kawan Kamarul Azam.
- cekap mengendalikan motobot.
- sebaya dengan Kamarul Azam.
- terdampar di Pulau Rangsang bersama-sama dengan

Kamarul Azam.


- taat pada suruhan Tuhan.

(3) DSP Yazid


- bapa saudara Kamarul Azam.
- anggota keselamatan.
- bijak, penyabar, dan tegas.
- berkawan baik dengan Fairuz Khan .

LATAR TEMPAT

1)Rumah keluarga Encik Razali


- mereka sekeluarga minum petang.

2 )Di dalam bot


- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Pangku.
- Azam dan Razi ditinggalkan dalam keadaan bot bocor.

3 )Tanjung Pedas


- berhenti berehat, makan, solat, dan mandi-manda.

4) Tanjung Pangku


- Azam dan rakan-rakannya pergi berkhemah.
- Azam dan Razi pergi ke balai polis lalu menyaksikan peristiwa kapal terbang terhempas.
- Azam dan Razi diculik penjahat.

5 )Hotel Gentre


- keluarga mangsa berkumpul.
- Perdana Menteri datang mengucapkan takziah.

6) Rumah Pak Widodo


- Azam dan Razi dirawat setelah ditemui oleh Pak Widodo yang hanyut setelah bot mereka bocor dan terbalik.

7 )Di tengah lautan


- Azam, Razi, dan Antik mencari jalan pulang ke Malaysia.
- pertemuan antara Antik dengan Pak Widodo.

8) Di tanah perkuburan, Jalan Kebun Teh


- mangsa dikebumikan.
- pertemuan Azam dengan keluarga dan rakan-rakan.

LATAR MASYARAKAT

  1. Mempunyai semangat perpaduan kaum
    - Azam, Lim, Rendra, dan Zanawati merupakan sahabat baik.
    - masyarakat menerima keputusan untuk mengebumikan semua mangsa pelbagai kaum bersama-sama.

    2) Mengamalkan cara hidup sihat


    - Azam makan bersama-sama dengan keluarganya.
    - melancong bersama-sama dengan keluarga.
    - Azam, Chandra, dan Razi aktif berpersatuan, iaitu Pengakap, manakala Linda, Lim, dan Zanawati terlibat dalam persatuan Pandu Puteri.

    3 )Taat akan suruhan agama


    - masyarakat masih berpegang kuat kepada agama kerana masih mengerjakan ibadat dalam keadaan di luar rumah.

    4 )Bekerjasama dalam menjayakan sesuatu


    - Azam dan rakan-rakannya bekerjasama menjayakan ekspedisi.
    - Pihak SAM (Syarikat penerbangan) bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat kejadian.

    5) Prihatin


    - Pak Widodo dan Antik sanggup menyelamatkan Azam dan Razi dan membawa mereka pulang untuk dirawat walaupun perbuatan mereka salam di sisi undang-undang.
    - Puan Khatijah dan beberapa orang lain membantu pihak syarikat penerbangan menenangkan keluarga mangsa yang tidak dapat mengawal perasaan.

    6) Rajin bekerja


    - Menteri Pertanian mengadakan lawatan kerja ke Utara Semenanjung
    - Azam dan rakan-rakan rajin ke sekolah walaupun cuti .


Latar Masa
1) Cuti penggal persekolahan – bulan Disember 1977
- peristiwa berlaku dari awal hingga akhir.

2) Sabtu, 3 Disember 1977


- minum petang sekeluarga di rumah.

3) Ahad, 4 Disember 1977 - pagi


- Azam dan rakan-rakan bertolak ke Tanjung Paku.
- Ayah bertolak ke Pulau Pinang untuk mengikuti rombongan Menteri Pertanian.

4 )Ahad, 4 Disember 1977 - malam


- kapal terbang dirampas pada pukul 8.15 malam.
- Azam dan rakan-rakan mula berkhemah.
- Azam dan Razi ke Balai Polis Tanjung Pangku pada pukul 8.15 malam.
- Kapal terbang yang dirampas terhempas pada pukul 8.31 malam.
- Azam dan Razi ditangkap penjahat.

5 )Isnin, 5 Disember 1977


- berita rampasan dan nahas tersebar.
- berita kehilangan Azam dan Razi juga diketahui oleh DSP Yazid dan keluarganya.
- ahli keluarga mangsa berkumpul di Hotel Gentre, J. Bahru.
- DSP Yazid melawat dan menyiasat di Tanjung Pangku.
- Antik dan Pak Widodo menyelamatkan Azam dan Razi (tengah malam).

6 )9 Disember 1977


- mangsa tragedi dikebumikan.
- Azam dan Rzi bertembung dengan polis peronda dan dibawa ke tapak perkuburan mangsa di Jalan Kebun Teh.

7) Siang hari


- perpisahan antara Azam dengan Antik di tengah lautan .

GAYA BAHASA

Diksi
Pemilihan kata yang digunakan sesuai dengan jalan cerita yang berkaitan dengan dunia ketenteraan. Contohnya, markas, raifal, platun.
Ayat
Ayat pendek. Contohnya,
Malam.
Badan masih lesu.
Ayat panjang. Contohnya:
Pada jam 2130 malam, selaku platun risik gempur 8 Renjer, saya telah menerima hukuman bergerak bersama-sama dengan kompeni C tinjau khas dan platun risik gempur RAMD.
Penggunaan Bahasa Asing
Contohnya, launcher, All round defence, paper potting, dan sebagainya.
Bahasa China, iaitu Chow.
Bahasa Iban, iaitu agi idup agi ngelaban.
Peribahasa
1)Maklumlah selama ini saya umpama katak di bawah tempurung.
2)Seperti sirih pulang ke tepak, maka saya pun ditukarkan semula ke batalion yang telah mengharumkan nama saya dahulu, Iaitu Batalion Kelapan Rejimen Renjer Malaysia.

3)Anak buah – merujuk kepada anggota bawahan Kanang yang tercedera dan terkorban semasa Gerakan Setia di Hutan Korbu.


Simile
Pendek kata hidup saya laksana perahu yang terumbang-ambing dibuai ombak dan tidak mempunyai arah tujuan.
Repitasi/Pengulangan
Kalau datuk ke sungai menjala ikan, saya ikut. Kalau datuk ke hutan pergi memburu, saya ikut.
Personifikasi
Keletihan membuatkan saya tidur begitu nyenyak dengan dengkur yang keras tetapi sang mimpi telah mengganggu saya.
Metafora
Api marah sudah menghantui saya.
Hiperbola
Tangan kanannya tidak boleh diangkat. Dagingnya kelihatan berkecai dan darah membuak keluar.
Sinkof
“Tunggu pak cik! Saya nak potong kepala pak cik!” Saya berteriak.
Loghat daerah
Dua kupang lima duit .
NILAI

  • Cinta akan tanah air. Contohnya, Kanang dan anggota tentera yang lain sanggup berjuang tanpa mengira masa dan kepentingan peribadi untuk.

  • Penyayang. Helen sentiasa di sisi suaminya semasa suaminya dirawat.

  • Rajin. Contohnya walaupun Kanang terkenal sebagai remaja yang nakal, tetapi dia rajin bekerja untuk mencari wang.

  • Baik hati. Contohnya, walaupun Kanang sudah tidak bekerja mengangkut arang batu, tetapi Mr. Ford masih memberi Kanang wang perbelanjaan.

  • Keberanian. Contohnya, Kanang sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamnatkan orang lain.

    PENGAJARAN

  • Setiap rakyat haruslah cinta akan tanah air dan sanggup berbakti untuk memajukan tanah air.

  • Setiap anggota tentera mestilah memiliki sifat berani berjuang menentang musuh.

  • Setiap orang hendaklah tabah menghadapi kesusahan dalam hidup.

  • Setiap orang mestilah memiliki perasaan kasih sayang.

  • Seseorang isteri hendaklah setia kepada suaminya dan sedia berkorban.

TEKNIK PLOT

  • Imbas muka
    Azam termenung sendirian di Pulan Rangsang sambil memikirkan keadaan ibunya. Dia menjangkakan bahawa ibunya memerlukannya untuk menghadapi acara pengebumian mangsa nahas.

    2) Imbas kembali


    -Azam membandingkan keadaan percutian mereka di Port Dickson suatu masa dahulu dengan keadaan perkhemahan yang akan ditempuhinya pada hari esok
    - Azam teringat perbualan telefon antara dia dengan ayahnya.

    3) Pemerian


    - Menggambarkan keadaan air yang bertebaran tidak tentu hala, bergelombang ke tepi dan menghasilkan buih yang memutih ketika bot yang membawa Kamarul Azam dan kawan-kawannya sedang melunjur laju.
    -Azam nampak perubahan mendadak pada wajah ibunya itu.
    - Bandar Johor Bahru masih sibuk dengan orang dan kenderaan.

    4) Dialog


    - “Semoga mereka selamat,” desis Lina Lim.
    -“Ya, mudah-mudahan,” balas Zanawati.

    5) Monolog dalaman


    Mereka perlu ditangkap dan dihukum dengan wajar. Begitulah Azam memutuskan.

    6) Saspens


    Azam dan Razi ditawan oleh orang-orang yang memakai serkup muka dan dibawa ke tengah laut.



Selepas tamat membaca buku ini.Saya belajar beberapa nilai-nilai moral dan pengajaran yang amat penting dalam kehidupan .Antara adalah, nilai tanggungjawab sebagai pemimpin kepimpinan .Contohnya , Azam sebagai ketua pengakap dapat menunjukkan kewibawaannya sebagai ketua kepada rakan-rakannya. Nilai ketabahan .Contohnya, Puan Katijah tabah menerima berita kemalangan yang menimpa suaminya, Encik Razali.

Manusia hanya boleh merancang tetapi tuhan yang menentukan .Ini jelas dalam kejadian rampasan kapal terbang.Hidup perlu bersatu padu dan bekerjasama bagi membentuk masyarakat yang kuat terutamanya bagi masyarakat majmuk . Ini jelas antara Azam dan rakan-rakannya serta tindakan bergilir-gilir untuk upacara keagamaan pelbagai kaum ketika upacara pengkebumian mangsa-mangsa. Hidup perlu tabah menghadapi dugaan . Azam, ibu serta adik-adiknya serta DSP Yazid tabah menghadapi peristiwa kematian orang yang mereka cintai.Pesalah perlu dihukum terutamanya yang mencedera dan mengambil nyawa orang lain .Rakan-rakan perampas perlu dicari dan dihukum seperti mana kehendak Azam.

Secara keseluruhannya,nilai –nilai dan pangajaran yang saya belajar daripada buku novel ini amat berguna kepada saya.Saya akan menceritakan novel ini kepada murid-murid saya supaya mereka dapat belajar nilai-nilai moral terus daripada novel secara seronok.



Abdul Aziz Abdul Talib.(1989). Konsep Dalam Penulisan. Implikasi Daripada

Sudut Pengajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad.(1989). Asas Menganalisa Cereka.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa

dan Pustaka.


A.Wahab Ali.(1988). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Petaling

Jaya.Fajar Bakti.


Dr. Harun Jaafar. (2011). Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur. Open

University Malaysia.


Hamzah Hamdani. (1982). Novel-Novel Melayu Melayu Dalam Kritikan. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris Mas. (1988). Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur.Dewan Bahasadan Pustaka.




Yüklə 42,74 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə