Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia.Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun,ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana suaminya
ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi halangan kepada
ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga tamat pengajiannya.
Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia, cincin merisik diletakkan dia
atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk menunaikan solat di masjid. Semasa
mandi,Embong telah dipatuk oleh seekor ular di pahanya.
Bab 16: Bisa Ular Tedung
Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan.Semasa
ketiadaan abahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara.Melihatkan keadaan itu,
Mawar menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya.
Dahlia melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP.
Sewaktu Dahlia melawat abahnya di Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan
Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa
menjalani latihan bola jaring. Kemudian,Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia.
Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak
hadir ke sekolah supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat Embong.Nek Kiah
memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah benar kerana seorang
demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga memberitahu tanah itu
akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di hujung kampung . Dahlia tidak
bersetuju dengan cadangan neneknya.
Bab 17: Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah
pelajarannya yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya
yang masih dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat,
adiknya, Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang
ingin melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian,Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet
tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja.
Azhari datang ke rumah Dahlia untuk mengambil pakaian emak Dahlia.Azhari
terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat
kerana dipatuk ular.Selepas Azhari pergi, Nek Kiah datang untuk bertanya tentang
rancangannya untuk menjual tanah tempat tinggal keluarga Dahlia.Jika keluarga Dahlia
mahu terus tinggal di situ mereka perlu membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia
tidak dapat membuat sebarang keputusan.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Bab 18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia
menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan dijual.
Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya.Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan.Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia.Tauke Lim juga meminta agar Dahlia
mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.Dahlia
bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba sahaja
sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas tersebut.
Bab 19 : Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah
sebaliknya terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi
peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya.
Najib datang ke rumah Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur
tanah di kawasan itu. Dahlia memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk
membayar harga tanah tersebut tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari
pula datang ke rumah Dahlia. Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai
hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya.Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut telah
ada pembelinya.Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.
Bab 20 : Ingin Kujunjung Langit
Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan
dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah bertanya
kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah, Embong
menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan menggunakan parang
yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak potong
leher. Selepas itu,Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia memberitahu abahnya dia ingin bekerja
bagi membantu meringankan beban abahnya.Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana
beliau mahu Dahlia belajar hingga ke universiti.
Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya
dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan
bersama-sama.