Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Sinopsis Umum
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia,seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh
teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak
sulung,Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai
masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana
mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad
selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar.Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya.Tindakan berani Dahlia terjun
ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal
menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat
melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
Sinopsis Bab demi Bab
Bab 1: Kalaulah Engkau Mengerti
Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam
rendah, Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang
disuruh oleh Cikgu Hisyam.Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-fakta
masih tidak lengkap.
Kemudian,Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa pesanan seorang lelaki
mahu bertemunya di kantin.Dahlia pergi bertemu dengan lelaki itu yang bernama Azhari.
Lelaki itu memberitahu Dahlia ,dia telah habis belajar dan akan mendapat segulung ijazah
pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan keluarganya akan datang ke rumah
Dahlia untuk tujuan merisik.Dahlia meminta Azhari mengerti bahawa dia masih belajar dan
ingin membantu keluarganya kerana dia merupakan anak sulung.
Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh
Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga
ke jambatan sahaja.Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa dia
tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan bahawa
orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan emaknya
“tak betul”.
Sewaktu sampai di rumahnya,Dahlia terdengar adiknya, Anggerik menangis
kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum pulang lagi.
Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat susu yang
terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis.. Dahlia telah menyiapkan makan malam
manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula pasir sekilo
secara hutang.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah. Dahlia terdengar
emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya.Hati Dahlia benar-benar
tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak mengenalinya menyebabkan
Dahlia menangis.Tiba-tiba, abahnya Embong muncul dan bertanyakan sebab Dahlia di situ
kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding ke arah emaknya. Embong cuba
memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha mengatakan rumahnya di tengah kebun getah
itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia mencadangkan abahnya supaya mendapatkan
bantuan orang kampung sebelum emaknya pergi lebih jauh ke dalam kebun.
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Selepas solat Isyak,Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-
tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah.Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang.Dia
juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar
suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya.
Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat Saleha. Abah Dahlia memberitahu,
beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka
akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup dalam kemiskinan.Nek Kiah membandingkan
keluarga Dahlia dengan anak-anaknya yang lain yang semuanya hidup senang-lenang.Haji
Sulaiman selaku Ketua Kampung Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu
Pahat. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan
rawatan.Walaupun anak-anak dan Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital
namun Embong serba salah menghadapi situasi itu.
Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan
latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik.Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu.Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya.
Pada petang Khamis itu, dia dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia
meminta Azhari memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham
orang kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh abahnya yang
menyuruhnya pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan
menguruskan hal berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu
akan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari
nafkah keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya
ke hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-
galanya kepada Tuhan.
Embong megimbas kembali perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mentuanya,
Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah tidak suka keluarga mereka
disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya yang lain. Anak-nak Saleha