A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə6/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

akrobat orang yg membuat pertunjukan gerak badan dsb (di sarkas dll) yg memerlukan ketangkasan dan kemahiran (spt membuat lompatan-lompatan yg sukar, berayun di kayu buaian yg tinggi, berjalan di atas tali yg direntangkan, dll).

akrobatik gerakan badan spt yg dapat dilakukan oleh akrobat: penjaga gol Jordan itu terpaksa melakukan ~ dlm usaha menyelamatkan pintu golnya.

akrofobia (Psi) perasaan takut yg amat sangat apabila berada di tempat yg tinggi.

akronim kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA);

mengakronimkan menjadikan bentuk akronim;

pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim.

akru; terakru 1. (Eko) terkumpul atau bertambah sedikit demi sedikit (bkn belanja, faedah, aset dsb): aset ~; faedah ~; 2. (Udg) perlu dijelaskan atau diserahkan kpd empunya hak atau tuntutan: apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yg ~ kpd orang itu.

aksam Ar sumpah.

aksara 1. huruf; 2. (Komp) huruf, angka, dll yg dapat dilambangkan dgn kod komputer.

aksen (aksén) (Lin) 1. tekanan suara (bunyi) pd kata atau suku kata; 2. cara seseorang dr sesebuah daerah (negeri dsb) menyebut kata-kata, loghat, pelat, telor; 3. tanda diakritik;

mengaksenkan menyebut sesuatu kata atau suku kata dgn menekankan suara: suku kata yg diaksenkan;

pengaksenan perihal atau perbuatan mengaksenkan: ~ sesuatu kata atau suku kata.

aksentologi (akséntologi) kajian secara sistematik tentang tekanan bunyi suara.

aksep (aksép) IB surat pengakuan hutang.

akses (aksés) 1. (Komp) proses atau cara utk mencapai (memperoleh, menggunakan dsb) sesuatu data, maklumat dsb, capaian: pengguna akan diberi ~ internet secara automatik; pemohon dipercayai mempunyai ~ kpd rahsia negara; 2. peluang utk mendekati seseorang: ahli sosiologi tidak mudah memperoleh ~ kpd anggota masyarakat kelas atas;

mengakses mendapat atau memperoleh akses kpd sesuatu (fail komputer, data, maklumat dsb): sistem itu akan membolehkan pengguna ~ data dgn lebih mudah dan cepat; dgn cara ini dapatlah murid-murid ~ buku dgn menggunakan kad pintar.

aksesori (aksésori) 1. bahagian yg merupakan tambahan kpd sesuatu alat dll (bukan sesuatu yg perlu ada padanya): ~ kereta; 2. barang yg melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, spt beg tangan, kasut, rantai, dsb.

aksi 1. gerakan (perkumpulan politik dll), gerak langkah: perkumpulan gelap itu mengatur ~ rahsia melawan kerajaan; 2. Id tindakan bersenjata: ~ militer Belanda terhadap Republik Indonesia; 3. tingkah laku (dibuat-buat atau tidak), sikap atau gerak-geri, lagak: ia memukul bantal dgn kedua-dua belah tangannya, satu ~ yg menampakkan kesal; ~ sbg orang kaya; banyak ~ sangat berlagak, suka berlagak; 4. elok (pakaian, tingkah laku): ~ benar songkoknya;

beraksi 1. bertindak, bergerak melakukan sesuatu: pasukan keselamatan ~ membasmi pengganas-pengganas; 2. berlagak, bertingkah laku (yg menunjuk-nunjuk), bergaya: datangnya lambat, hendak ~ agaknya; 3. berpura-pura, buat-buat: ~ sahaja hendak menolong.

aksiom pernyataan yg diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata drpd pengalaman sbg suatu kebenaran) dan menjadi asas bagi sesuatu huraian.

akta 1. undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); 2. surat sijil: ~ guru; 3. surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~ notaris; ~ syarikat undang-undang yg mengawal pembentukan, penubuhan, pengurusan wang, dan pembubaran syarikat;

mengaktakan menjadikan sbg akta (undang-undang): perkara itu perlu dikaji dgn teliti sebelum diaktakan.

aktentas IB beg tempat surat-surat; importir ~ ki pengimport yg tidak sungguh-sungguh (mencari keuntungan dgn menjual lesen import).

aktif 1. giat (bekerja, berusaha), cergas: ia sedang ~ dlm pergerakan politik; ahli-ahli jawatankuasa yg ~; 2. (Lin) menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek; ayat ~ ayat yg subjeknya melakukan sesuatu terhadap objek (mis ia memukul anjing);

mengaktifkan membuat (menjadikan) aktif, menggiatkan: ~ kembali parti yg hampir mati;

keaktifan kegiatan, kecergasan (bertindak, berusaha, dsb): kerana ~ dan semangatnya, hidup kembali parti kita;

pengaktifan perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengaktifkan.

aktinium (Kim) sj unsur logam berwarna putih perak, bersifat radioaktif.

aktinoterapi (aktinotérapi) (Ubat) perawatan pesakit dgn menggunakan sinaran cahaya.

aktivis orang yg melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif: dua puluh tahun bukanlah waktu yg pendek bagi seseorang, apalagi bagi seorang tokoh yg menjadi ~ gerakan kemerdekaan semenjak usia muda.

aktivisme amalan yg berteraskan tindakan kekerasan utk mencapai tujuan politik.

aktivitet (aktivitét) IB aktiviti.

aktiviti kegiatan: pegawai daerah ini giat dlm ~ sosial, sukan dan budaya;

beraktiviti melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan.

aktor 1. pelakon lelaki yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio); 2. orang yg berperanan dlm sesuatu kejadian, pelaku.

aktres (aktrés) pelakon wanita yg membintangi sesuatu filem (televisyen, radio).

aktual yg sebenarnya: bagaimanapun keperluan itu ialah sesuatu yg berpotensi, belum lagi sesuatu yg ~.

aktuari orang yg pakar memperhitungkan risiko (premium polisi insurans, bayaran dividen, kadar anuiti, dll) utk sesebuah syarikat insurans.

aktuil IB sedang menarik perhatian orang banyak, baru, hangat (berita dll): pokok perbincangan yg ~.

aku kata ganti diri pertama (biasa dipakai sewaktu berdoa kpd Tuhan atau di antara orang yg rapat perhubungan mereka, tetapi agak kasar terhadap orang yg perlu dihormati);

beraku memakai kata aku (dlm perbualan dll); ~ berengkau memakai kata aku dan engkau;

beraku-akuan 1. saling memakai kata aku; 2. saling menerima atau berjanji akan setia sbg (saudara dsb): mereka bukanlah sbg orang asing lagi, malah ~ saudara di dunia dan di akhirat;

mengaku 1. membenarkan sesuatu tuduhan, mengatakan benar (bersalah, keliru, dll): pencuri itu sudah ~; 2. = ~ dirinya mengatakan diri (bodoh, kaya, pandai, dll), mendakwa bahawa dirinya (pandai, tidak bersalah dll); 3. menanggung, menyanggupi: siapa yg ~ biayanya? 4. menganggap (sbg), menerima sbg: ~ anak; ~ bapak; ~ hartanya; 5. membanggakan (memegahkan) diri: di mana-mana, ia ~ saja;

mengakui 1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. memasuki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin;

memperakui mengesahkan: lantikan tersebut adalah sah dan diperakui oleh undang-undang;

memperakukan 1. memberikan sokongan (utk), menyetujui serta menyokong (atau menganjurkan): dia ~ dua hari cuti; 2. mengemukakan (menyarankan dsb) sbg baik (sesuai dsb): ~ beberapa buah buku utk diterjemahkan;

teraku diakui: mazhab Hanafi merupakan salah satu drpd empat mazhab yg ~ dlm agama Islam;

akuan 1. segala sesuatu yg diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yg menolong pawang); orang ~ orang yg dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yg mujarab ubat atau manteranya);

keakuan sifat mementingkan atau berasa megah akan diri sendiri: kerana ~, ia tidak dapat menerima teguran;

perakuan 1. proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yg diperakukan, saranan serta sokongan (utk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan;

pengakuan 1. perihal (perbuatan, pernyataan) mengaku atau mengakui: dia telah membuat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.

akua (Kim) bkn air atau larutan akueus.

akuafobia perasaan takut yg keterlaluan terhadap air spt laut, sungai dsb.

akuakultur penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan) utk menjadi makanan manusia: memberi tumpuan kpd pembangunan ~ spt ternakan kerang (ikan dlm sangkar, udang dlm kolam dan kepah).

akualung alat bantu pernafasan mudah alih yg digunakan oleh penyelam dsb.

akuamarin 1. sj batu permata yg berwarna hijau kebiru-biruan; 2. warna hijau kebiru-biruan.

akuan Br, Sr mengaku.

akuanaut orang yg terlatih utk menyelam atau menjelajah di bawah air.

akua regia (Kim) campuran yg sangat mengakis dan terdiri drpd satu isi padu asid nitrik pekat dgn empat isi padu asid hidroklorik pekat.

akuarel (akuarél) sj lukisan (catan) yg dihasilkan dgn cat air yg nipis dan lut sinar.

akuarium 1. peti kaca tempat memelihara ikan; 2. bangunan tempat mempamerkan ikan dan binatang-binatang lain yg hidup di dlm air atau berhampiran dgn air (spt kura-kura, ular, dsb).

Akuarius lambang kesebelas dlm zodiak, yg berlambangkan orang sedang menuang air.

akuatik (Bio) bkn sesuatu yg tumbuh atau hidup di dlm atau di atas air: tumbuhan ~ merupakan tumbuhan yg hidup dan membiak dlm air.

akuatin 1. teknik atau proses membuat goresan pd plat tembaga dgn menggunakan asid nitrik; 2. gambar atau cetakan yg dihasilkan dgn teknik (proses) ini.

akueduk (akuéduk) (Kej) 1. paip besar atau terusan yg menyalurkan bekalan air ke sesuatu tempat (bandar, kawasan perladangan dsb); 2. binaan spt jambatan panjang yg merintangi lembah atau tanah rendah utk menopang paip atau saluran air.

akueduktus (akuéduktus) (Bio) saluran yg menyalurkan bendalir tubuh di dlm sesuatu organ atau struktur tubuh.

akueus (akuéus) (Kim) bkn sesuatu larutan yg pelarutnya air.

akuifer (Geo) bahagian bawah tanah yg terdiri drpd kerikil atau batu berliang yg mengandungi air.

aku janji janji atau pengakuan yg menjadi asas utk melaksanakan sesuatu tindakan (tugas, tanggungjawab, kewajiban dsb): mulai tahun depan, ~ akan dikuatkuasakan ke atas seluruh kakitangan awam; kementerian mengeluarkan surat ~ sbg syarat kelulusan sebelum guru dibenarkan mengikuti PJJ;

mengaku janji membuat aku janji: seseorang yg ~ utk menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan sbg kontraktor berdaftar dianggap melakukan kesalahan.

akuk Mn penyakit ayam (yg menyebabkan ayam meringkuk atau terlentok);

terakuk mengantuk;

terakuk-akuk terangguk-angguk (kerana tidur atau terlalu mengantuk).

akuk-akuk pemetik senapang, picu.

akulturasi penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu kebudayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku;

mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton-penontonnya.

akumen kebolehan memahami, menilai, dan memutuskan sesuatu dgn cepat dan jelas, mis dlm soal perniagaan, kepintaran.

akumulator (Fiz) peranti yg menyimpan elektrik, yg terdiri drpd satu atau lebih sel yg tersusun secara bersiri.

akupunktur suatu kaedah perubatan (yg berasal drpd suatu amalan perubatan di negeri China) utk menyembuhkan penyakit dgn cara mencucuk tempat-tempat tertentu pd kulit dgn hujung jarum: seorang pesakit sedang menjalani rawatan ~.

akur I (ber)setuju, menerima (sesuatu kedudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi;

mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun;

mengakurkan 1. mencocokkan, menyesuaikan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll);

keakuran persetujuan, persesuaian, kecocokan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan.

akur II sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bunga tanjung, akar perah, jelur kait, Illigera appendiculata.

akus (Sanskrit) kusa gajah, besi kuasa (Kd).

akustik 1. kajian saintifik tentang bunyi; 2. (Fiz) bkn bunyi atau deria pendengaran.

akut bkn penyakit yg muncul dgn tiba-tiba, teruk keadaannya, dan agak singkat tempohnya: leukemia ~.

akwal Ar (jamak bagi kaul) perkataan; afal dan ~ perbuatan dan perkataan.

al Ar kata penentu (mendahului kata nama) yg bererti itu (terdapat pd perkataan spt almarhum, alkisah, alhasil, albahri dan alalam).

Al simbol kimia bagi aluminium.

a/l kep anak lelaki (kpd): Maniam ~ Muniandy.

ala I alah IV.

ala II Ar atas, akan, kepada, pada; ~ kadarnya menurut kesanggupannya, sekadarnya.

ala III Ar tinggi;

terala sl termulia, tertinggi: barang lakunya ~ drpd raja-raja yg lain.

ala IV (Perancis) secara, menurut gaya (yg dilakukan dsb oleh): ketawanya, cakapnya, dan langkahnya ~ orang Inggeris; teknik menyediakan kepingan kayu yg mengandungi huruf-huruf ini dikenali sbg ‘percetakan ~ China’.

alabangka (Portugis) linggis, perejang.

alabaster sj batu putih yg digunakan utk membuat patung, barang hiasan dsb.

ala carte (Perancis) hidangan masakan yg tersenarai pd menu, yg boleh dipilih secara berasingan mengikut kesukaan pelanggan pd harga yg telah ditetapkan.

al-Adl (al-‘Adl) Ar Yang Maha Adil (satu drpd 99 nama Allah).

alaf Ar 1. seribu, alfu; 2. masa yg lamanya 1000 tahun, seribu tahun, milenium; ~ baru tempoh masa selepas alaf terdahulu.

al-Afu (al-‘Afuw) Ar Yang Maha Pemaaf (satu drpd 99 nama Allah).

alah I kalah, tewas: tidak diketahui siapa yg ~ dan siapa yg menang;

~ bisa tegal (kerana) biasa prb segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa; ~ limau oleh benalu prb orang yg lama terdesak oleh orang yg baru; ~ mahu bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar prb dikatakan kpd orang yg tidak menepati janji hingga bergaduh; ~ membeli menang memakai prb tidak apalah mahal sedikit harganya, asal barang itu kuat (tahan dsb); ~ menang tak tahu, bersorak boleh prb dikatakan kpd orang yg tidak tahu selok-belok pergaduhan tetapi mengatakan siapa yg akan kalah; ~ sabung menang sorak prb biarpun kalah, namun cakap masih besar; tak bertepat janji, tak berteban taruh, tak bertangkap, mengamang-ngamang ~ di darat sahaja prb peperangan (atau perkelahian) yg tidak mempunyai tipu daya akan alah percuma sahaja;

beralah, mengalah tidak mahu mempertahankan (hak, pendirian, dll), dgn sengaja (atau pura-pura) kalah: tidak semestinya orang yg ~ itu kalah;

beralahan; tidak ~ tidak ada yg kalah (dlm pertandingan), seri;

mengalahi 1. mengalah kpd; alah-~ saling mengalah; 2. menaklukkan, mengatasi: suratan ~ segala-galanya;

mengalahkan menaklukkan, menundukkan, melebihi: dgn kekuatan sendiri sahaja tak dapat ia ~ lawannya;

teralahkan dapat atau boleh dialahkan: memang bapak anak jantan tak ~ badai;

alahan 1. yg sudah dialahkan; 2. biasa kalah; 3. kekalahan apabila (sewaktu) berjudi;

kealahan perihal alah, kekalahan, ketewasan;

peralahan kemenangan, perampasan;

pengalahan perihal (perbuatan) mengalahkan.

alah II sensitif terhadap sesuatu jenis makanan (ubat dll) hingga boleh menimbulkan kesan yg tidak baik pd kesihatan seseorang: ~ terhadap penisilin;

alahan perihal alah, keadaan alah, alergi.

alah III; mengalah membendung (sungai utk mengambil ikan), menebat, mengempang;

alahan 1. parit-parit yg dikeringkan, bekas alur sungai; 2. bendungan, empangan, tebat.

alah IV sr kata utk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dll): ~ , menyusahkan aku saja !; ~, janganlah begitu !; ~ mak !

al-Ahad Ar Yang Maha Tunggal (satu drpd 99 nama Allah).

alahai sr kata utk menyatakan rasa terkilan, kesal, dsb; ~, anak emak!

alai 1. sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, gedayung, kedaung, Parkia javanica; 2. sj tumbuhan (pokok), batai, jemerelang, sena laut, Peltophorum dasyrachis.

alai II; ~-balai; halai-balai.

alai III; ~-belai bujukan, cumbuan.

alai IV; mengalai Br menari, meronggeng.

alaihi Ar atasnya, padanya, baginya; iblis ~ laknat iblis yg dikutuki Tuhan, laknat bagi iblis.

alaihissalam Ar damai atau kesejahteraan padanya (biasanya digunakan atau disebutkan sesudah menyebut nama nabi, spt Sulaiman alaihissalam, Daud alaihissalam, dll).

alaika Ar atasmu, padamu.

alaikum Ar atasmu, padamu, bagimu; ~ assalam, assalamu~ damai atau kesejahteraan padamu (sekalian).

alak I Kl galakan (lembu berlaga);

mengalak menggalakkan, menggesa: kalau tidak dialak, kerja itu tidak akan siap.

alak II Mn; sealak-alak sesedang-sedangnya, secukupnya.

al-Akhir Ar Yang Akhir dan Tiada Kesudahan (satu drpd 99 nama Allah).

alakulihal Ar dlm segala hal, dlm hal apa pun: ~ , para nabi mempunyai ilmu yg luas sekali.

alala sj lagu rakyat Sepanyol.

alalbahalal, alalbihalal halalbihalal.

alalia ketidakupayaan bertutur yg berpunca drpd kerosakan pd alat artikulasi luaran (bukan pd sistem saraf pusat).

al-Alim (al-‘Alim) Ar Yang Maha Mengetahui (satu drpd 99 nama Allah).

al-Ali (al-‘Ali) Ar Yang Maha Tinggi (Luhur) (satu drpd 99 nama Allah).

alam I 1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa;

~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam;

lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi;

sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia;

kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.

alam II; mengalami merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dll), menanggung: selama hampir tiga tahun yg lalu, kita telah ~ kesulitan ekonomi;

pengalaman apa yg telah dialami (dirasai, ditempuh, dll): orang itu telah banyak ~nya;

berpengalaman mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran.

alam III bendera, panji-panji.

alamak sr alah mak.

alamang sj pedang; lamang.

alamar ark; penguasa ~ pemegang kekuasaan memerintah; amar I.

alamas ark intan.

alamat 1. sesuatu yg dianggap (ditafsirkan dsb) sbg menandakan bahawa sesuatu kejadian dll yg baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu ~; 2. sl matlamat, sasaran, bulan-bulan, tumpuan: beberapa kali ia menembak ~ itu tetapi tidak kena; 3. butir keterangan (spt nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dll) yg menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dgn terang dan lengkap pd sampul surat; 4. (Komp) kod pengenalan unik yg digunakan sbg nama atau tanda kedudukan ingatan, daftar, dll dlm sesuatu sistem komputer; 5. ark nama buku dll: ~ buku ini dituliskan dgn huruf besar; 6. bermakna bahawa, menandakan, menunjukkan: burung berkicau ~ hari nak siang;

~ tunduk bendera putih tanda menyerah (kalah);

alamatnya tandanya: jika ada negara yg mengatur rancangan perangnya sendiri, ~ pakatan itu tidak akan mencapai tujuan bersama;

beralamat 1. mempunyai alamat, memberikan tanda (pertanda): mimpi yg ~ buruk; awan gelap biasanya ~ turunnya hujan; 2. mempunyai matlamat (sasaran, tumpuan); menembak ~, berkata bertujuan prb tiap perbuatan harus ada maksudnya; 3. mempunyai atau bertulis dgn alamat (keterangan tempat tinggal): setiap sampul surat hendaklah ~ dgn terang dan bersetem;

mengalamati membubuh alamat pd: ~ surat;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə