A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə14/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik negara itu;

keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia;

pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan dan ~.

antara muka (Komp) bahagian (peranti, sambungan, dll) yg menjadi sempadan dan penghubung di antara dua komponen, litar, peranti, sistem, dll yg berlainan utk membolehkan pertukaran maklumat dilakukan;

~ analog sambungan pd komputer yg boleh menerima peranti analog; ~ bas litar atau peranti yg berfungsi memadankan atau menyambungkan alat lain pd sistem bas; ~ bersiri antara muka yg membolehkan maklumat dihantar satu per satu melalui saluran tunggal; ~ Centronics antara muka piawai utk menyambungkan komputer dgn pencetak selari; ~ digital sambungan yg membolehkan komputer menerima peranti digital; ~ pengguna penentuan dan peraturan komputer yg membolehkan pengguna mudah berinteraksi dgn komputer;

pengantaramukaan proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dll yg berlainan supaya dapat saling berhubung.

antar-antar penumbuk yg panjang (alu, antan, dll);

~ gobek anak gobek, pelantak gobek; ~ senapang pelantak.

antarbenua Id dlm hubungan antara satu benua dgn benua yg lain.

antardaerah Id dlm hubungan antara satu daerah dgn daerah yg lain.

antari; baju ~ baju panjang yg dipakai oleh orang naik haji.

antarkelompok Id dlm hubungan antara satu kelompok dgn kelompok yg lain.

antarnegara Id dlm hubungan antara satu negara dgn negara yg lain, antarabangsa.

antarpulau Id dlm lingkungan pulau-pulau.

Antartika daerah Kutub Selatan.

antasid (Ubat) bahan beralkali yg dapat melegakan keadaan asid yg berlebihan di dlm perut.

antat I sl hantar;

mengantat menghantar: Yang Dipertuan pun menyuruh ~ sirih dgn perhiasan.

antat II sj tumbuhan (pokok), kenanga hutan, lidah-lidah, pacal kuning, Alangium ebenaceum.

anteken (antéken) ark IB surat berdaftar.

antelas; kain ~ sj sutera India yg berkilat (satin); atlas II.

antelop (antélop) binatang berkaki dan bertanduk panjang yg seakan-akan rusa, dan boleh berlari pantas (terdapat di Afrika dan Asia).

anten (antén) Id; mengantenkan mengahwinkan; pengantin I.

antena (anténa) alat utk memancarkan atau menangkap gelombang radio, aerial.

antenatal (anténatal) sebelum bersalin, semasa mengandung: kehamilan yg tidak mendapat jagaan ~ yg lengkap.

anteng Jw senang (hati), senyap.

antep Jw berat, antap;

mengantepi 1. mempercayai, memegang teguh pd, sangat setia kpd; 2. membiarkan, mendiamkan sahaja.

anter I (Bio) bahagian stamen yg mengandungi debunga, cepu debunga.

anter II Id hantar.

anterior (antérior) (Bio) 1. terletak berhampiran dgn bahagian hadapan, atau di bahagian hadapan sesuatu struktur yg lain, pd tubuh: sesungut terletak di bahagian ~ lipas; 2. terletak paling jauh dr batang utama (bkn bahagian bunga atau daun).

antero (antéro); seantero seluruh, segenap: ~ dunia.

anteseden (antéséden) 1. sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg berlaku atau wujud sebelum sesuatu (peristiwa, keadaan dsb) yg lain, yg masing-masing berkaitan antara satu sama lain: satu lagi ~ harga diri ialah pencapaian akademik; 2. (Lin) kata, frasa, atau klausa yg dirujuk oleh kata ganti nama yg mengikutinya, mis Shuhada ialah anteseden bagi dia dlm ayat meskipun Shuhada lulus peperiksaan itu, dia gagal mendapat tempat di universiti.

anti I tidak suka: jangan ~ pd pembangunan; tunjuk perasaan ~-Rusia.

anti II Ar kamu (merujuk kpd seorang perempuan): Munirah, ~ dengarlah dulu cakap ana ni.

anti- awalan asing tidak menyetujui, melawan, membantahi, menentang, mis antikerajaan dan antisosial.

antiagama menentang agama.

antiaparteid (antiapartéid) dasar menentang (tidak menyokong) sistem politik di Afrika Selatan yg mengasingkan orang drpd berbagai-bagai kaum melalui undang-undang.

antibakteria (antibaktéria) bersifat menentang atau membasmi bakteria: minyak itu mempunyai kesan ~.

antibiotik (Ubat) sj bahan kimia yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain spt bakteria (digunakan dlm rawatan penyakit berjangkit pd manusia, binatang, dan tumbuhan).

antibodi (Ubat) sj bahan yg terbentuk dlm darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yg memudaratkan atau membahayakan tubuh.

antidadah menentang segala kegiatan dan amalan yg berkaitan dgn najis dadah (spt penghasilan, pengedaran, penggunaan dll najis dadah): pakar-pakar dan pejuang ~; kempen ~ usaha utk membanteras penyalahgunaan dadah.

antidepresan (antidéprésan) (Ubat) yg digunakan utk melegakan kemurungan.

antidiuretik (antidiurétik) (Ubat) bahan yg menghalang pengeluaran air kencing.

antidot 1. ubat penawar; 2. sesuatu (usaha, tindakan, dll) yg mengubah atau mengatasi sesuatu situasi yg kurang baik.

antiemetik (antiémetik) (Ubat) bahan yg mencegah muntah atau melegakan rasa loya.

antienzim (antiénzim) (Bio) bahan yg dapat merencatkan aktiviti sesuatu enzim.

antigen (Ubat) bahan (protein) yg apabila disuntikkan ke dlm tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi.

antih; mengantih memintal benang;

pengantihan perbuatan mengantih, pemintalan benang.

antihero (antihéro) antiwira.

antihistamina ubat yg digunakan utk mengurangi atau mencegah kesan histamina, terutamanya dlm merawat alahan.

antijenayah menentang kegiatan jenayah: gerakan ~ di Sabah.

antik 1. berasal dr zaman dahulu atau lampau sbg perbandingan dgn zaman moden: kedai itu menjual barang-barang ~; 2. = barang-barang ~ barang-barang spt perabot atau hasil seni lain yg dihasilkan dlm zaman lampau yg dikumpul dan dinilai kerana kecantikannya (mutu hasil kerjanya dan umurnya): penggemar ~;

keantikan sifat antik: ~ perabot itu dapat dikesan drpd reka bentuknya.

antikarat mencegah atau mengelakkan berlakunya karat: minyak ini juga mempunyai kuasa melawan pemburukan dan mengandungi ciri-ciri khas ~.

antikerajaan menentang (tidak menyokong) kerajaan: anasir-anasir ~.

antiketuk sj bahan yg ditambahkan kpd bahan api kenderaan bermotor utk mencegah atau mengurangkan bunyi bising enjinnya.

antiklimaks keadaan yg menjunam atau turun secara tiba-tiba kesannya (keistimewaannya dll) drpd suatu keadaan atau aliran yg memuncak, penurunan yg berbeza sama sekali drpd aliran memuncak sebelumnya.

antikuiti barang purba spt bangunan, karya seni dll.

antimalaria bahan yg dapat mencegah atau menyembuhkan demam malaria.

antimangkin (Kim) bahan yg mengurangkan atau memusnahkan tindakan mangkin.

antimikosis (Ubat) bahan yg dapat merencatkan pertumbuhan kulat yg menyebabkan penyakit.

antimoni sj unsur logam (pepejal putih) yg digunakan utk membuat aloi dan semikonduktor.

antimoniamis, antimon Id antimoni.

antimun ark mentimun I.

antinasional bkn (orang, pihak) yg menentang negara: beliau membantah dakwaan itu dan menyifatkannya sbg tidak berasas dan memberikan gambaran bahawa beliau seorang ~.

anting; batu ~ a) batu (timah dll) yg tergantung pd tali sbg pemberat (pd jangka dll); b) orang yg bergantung pd sisi perahu supaya jangan terbalik; ~ neraca Id batu timbang yg ringan-ringan;

anting-anting 1. subang yg bergantung-gantung; 2. bandul (pd jam, alat penduga, dll);

menganting bergantung berayun-ayun.

anting-anting; burung ~ sj burung, burung hamba kera, burung sawai, Dissermurus paradiseus.

antinovel (Sas) karya prosa yg menolak penggunaan unsur novel konvensional atau tradisional, terutamanya dr segi pembentukan plot.

antioksidan bahan yg dapat melambatkan proses pengoksidaan.

antipati rasa benci, rasa tidak suka: menaruh ~ pd seseorang.

antipeluh bahan yg digunakan pd kulit utk mengurangkan atau mencegah perpeluhan, terutamanya di bawah ketiak.

antipiretik (antipirétik) ubat yg dapat mengurangkan atau menyembuhkan demam.

antiplot tidak secocok atau bertentangan dgn plot: malah drama mereka nampaknya spt ~.

antipode Id 1. sebelah bumi yg berlawanan dgn tempat kita; 2. ki lawan.

antirasisme amalan atau dasar yg menentang rasisme dan menggalakkan toleransi kaum.

antireumatik (antiréumatik) (Ubat) bahan yg dapat mencegah atau melegakan gejala reumatisme.

antisepsis (antisépsis) (Ubat) pemusnahan bakteria dll (yg menyebabkan penyakit).

antiseptik (antiséptik) bahan kimia (spt iodin, alkohol, asid borik, dll) yg digunakan utk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pd permukaan kulit (pd luka, alat perkakas pembedahan, dll).

antiserum (antisérum) (Ubat) serum darah yg mengandungi antibodi melawan antigen tertentu, digunakan utk merawat atau melindungi seseorang drpd sesuatu penyakit.

antisiklon kawasan yg tekanan udaranya lebih tinggi berbanding dgn tekanan udara di sekelilingnya sehingga menghasilkan keadaan cuaca yg tenang.

antisipasi perkiraan atau bayangan tentang hal-hal yg akan terjadi.

antisosial 1. tidak suka bergaul dgn orang lain (masyarakat): mereka yg ~ akan hanya merenggangkan diri mereka drpd arus pembangunan masyarakat; 2. bertentangan dgn atau berbahaya kpd peraturan atau adat (sesebuah masyarakat).

antitesis (antitésis) 1. sesuatu yg benar-benar berlawanan atau bertentangan; Boyle meragui segala sesuatu yg merupakan ~ kpd prinsip keyakinan dlm agama; 2. penggunaan kata atau ungkapan spt ‘berjuang atau menyerah’ dlm frasa, ayat, dll yg sama utk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yg seimbang.

antitoksin (Ubat) sj zat dlm tubuh yg dapat melawan racun penyakit.

antivirus bersifat menentang atau membasmi virus: ubat ~; perisian ~.

antiwira (Sas) watak utama (wira) dlm sesebuah novel, cerita, filem, drama dsb yg tidak memiliki sifat yg lazimnya dikaitkan dgn seseorang wira, spt keberanian dan kepimpinan.

antologi kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan seseorang pengarang, bunga rampai;

mengantologikan menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan oleh penerbit utk tatapan umum.

antonim (Lin) kata yg berlawanan maknanya dgn kata lain, mis tinggi lwn rendah.

antonimi (Lin) hubungan antara antonim.

antraks (Ubat) penyakit berjangkit akibat bakteria Bacillus anthracis yg lazimnya menyerang haiwan ternakan yg seterusnya boleh menjangkitkan bakteria tersebut kpd manusia.

antrasit sj batu arang yg sangat keras, tidak mengeluarkan banyak api atau asap apabila dibakar tetapi menghasilkan haba yg sangat panas.

antre (antré), antri Id, bp berdiri berderet-deret.

antropogeni (antropogéni) kajian tentang asal usul manusia.

antropoid 1. menyerupai bentuk manusia (bkn cimpanzi, monyet dsb); 2. makhluk yg berbentuk seakan-akan manusia, mis gorila atau cimpanzi.

antropologi pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya), kaji manusia.

antropomorfisme 1. kepercayaan bahawa Tuhan bersifat sama spt manusia (dr segi rupa bentuk, perasaan, atau kelakuan); 2. kepercayaan bahawa sesuatu haiwan atau objek mempunyai perasaan, sama spt manusia.

antroposentrisme (antroposéntrisme) pandangan yg menganggap manusia sbg faktor yg paling penting dlm alam semesta.

antui = ~ hitam = ~ kuning = ~ putih sj tumbuhan (pokok), Drepananthus pruniferus.

antukar sj burung, Rallina fasciata (Rallus striatus gularis).

antul; mengantul melambung kembali, melenting, memantul, mengambul, menganjal.

antun sl anggun, kacak; orang ~ pesolek;

berantun berhias, bersolek: sedikit bekerja, banyak ~.

antung-antung sj bakul tergantung (tempat menaruh barang).

antup Jw sengat;

mengantup menyengat.

antus; antusan ark sl utusan.

anu 1. (orang, benda, dll) yg tidak disebut namanya (dgn disengajakan, kerana terlupa, dsb): si ~ nak datang; dgn hajat ~; 2. (Mat) kuantiti tertentu yg belum diketahui nilainya.

anugerah pemberian berupa hadiah dsb yg tinggi dan besar nilainya (drpd Allah, pemerintah atau negara, dll), kurniaan: mendapat ~ Allah; A~ Sastera Negara;

menganugerahi memberi anugerah kpd seseorang, mengurniai: Allah ~nya seorang anak lelaki;

menganugerahkan memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau;

anugerahan sesuatu yg dianugerahkan;

penganugerahan pemberian anugerah: beliau menyarankan agar ~ seumpama itu dicontohi oleh institusi kewangan yg lain.

anugeraha ark anugerah.

anuiti (Eko) pembayaran wang kpd seseorang pemegang kuasa dgn jumlah dan jarak waktu tertentu;

~ biasa anuiti yg dibayar atau diterima pd penghujung setiap tempoh tertentu; ~ hayat anuiti yg dibayar kpd pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti apabila pewaris itu meninggal dunia; ~ sampai tempoh anuiti yg dibayar atau diterima pd awal setiap tempoh tertentu.

anulus ruang, bahagian dsb yg berbentuk spt cincin.

anum Jw sl muda.

anumerta gelaran (pangkat dsb) yg diberikan sesudah seseorang meninggal dunia.

anur andur.

anuresis (anurésis) (Ubat) keadaan tidak dapat kencing walaupun air kencing telah dihasilkan oleh buah pinggang dan tersimpan di dlm pundi kencing.

anuria (Ubat) kegagalan menghasilkan air kencing, yg biasanya berpunca drpd kerosakan buah pinggang.

anut; menganut, menganuti menerima sesuatu ajaran (aliran, fahaman, dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama): ada drpd perbuatan-perbuatan kita telah pun menjadi adat resam yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~ fahaman realisme sosialis;

anutan keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah lama menjadi ~ penduduk-penduduk di negara itu;

penganutan perihal (perbuatan) menganuti: bidang kita ialah menumpukan perhatian kpd ~ agama sbg fenomena sosial;

penganut pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama).

anyal Jw ngeran, sebal.

anyam corak anyaman; jenis-jenisnya: ~ kudai = ~ selang dua, ~ gila, ~ pucuk rebung, ~ sasak, ~ tiga selang tiga, ~ tikar;

menganyam 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut;

anyam-menganyam pekerjaan menganyam;

anyaman 1. hasil menganyam, barang yg dianyam; 2. kerja menganyam;

penganyam orang yg kerjanya menganyam.

anyang I sl 1. makanan drpd daging (kerang dll) mentah yg dibubuhi rempah-rempah dan dimakan mentah-mentah; 2. buah-buahan mentah dgn cabai dan garam;

menganyang membuat anyang.

anyang II sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus grandiflora.

anyar Jw ark baru.

anyel anyal.

anyelir IB bunga teluki.

anyih; onyah-~; onyah.

anyur; buah ~ bahagian drpd kepala gajah di bawah rahang bawah yg menyerupai bola.

aorta (Bio) saluran besar dlm sistem salur nadi yg menyalurkan darah dr bilik jantung sebelah kiri ke salur nadi seluruh anggota dan organ-organ (kecuali paru-paru), salur nadi agung.

aortitis (Ubat) radang aorta.

a/p kep anak perempuan (kpd): Kumari ~ Gopal.

apa 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak;

~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

apatah lebih-lebih lagi, apalagi: saya tidak mampu membeli kereta, ~ lagi Ali yg miskin itu;

apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu: tidak memberikan ~ perhatian; 2. sesuatu: ada ~ yg ingin kamu tahu lebih lanjut mengenai pelajaran hari ini?

berapa kata yg menanyakan banyaknya;

mengapa 1. apa sebab, kena apa: ~ kamu berhati dengki? 2. apa yg diperbuat: ~ kamu di dlm bilik itu?

mengapai, mengapa-apai melakukan sesuatu terhadap: diapainya maka ia menangis?

mengapakan, mengapa-apakan, mempengapakan 1. melakukan apa atau bagaimana lagi, membagaimanakan: tetapi hendak diapakan, emak sayang padanya; 2. melakukan apa-apa terhadap, membuat (melakukan) sesuatu terhadap: akan kutuntut bela kpd raja yg mempengapakan suamiku; dia menangis dan meraung mengatakan bahawa ibu bapanya akan mengapa-apakannya sekiranya adiknya tidak dijumpai.

apa-apa sj tumbuhan (pokok spt pokok durian), Neesia spp.

apabila semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala: ~ ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan; dia semakin bimbang ~ melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

apai gapai.

apakala sl apabila, bilamana, ketika.

apalagi lebih-lebih (lagi), terlebih-lebih pula, tambahan pula, apatah lagi: dgn kereta saja ia sudah mabuk, ~ dgn kapal terbang.

apam sj penganan yg biasanya dibuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn ibu roti dan dikukus;

~ balik sj apam yg dibakar dan ditaburi kacang, gula, dsb di atasnya dan dilipat dua; ~ dewa = ~ lenggang apam yg dibakar dgn melenggangkannya dlm sj belanga; ~ Malaysia sj apam yg dibuat drpd campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus; ~ mangkuk sj apam yg dikukus dlm mangkuk-mangkuk kecil; ~ manis sj apam yg berwarna-warni yg dibuat drpd campuran tepung beras, aiskrim soda, dsb dan dikukus;

mengapam 1. memasak apam; 2. menyerupai apam.

apar Mn tempat tukang besi bekerja, dapur tukang besi; kampung ~ kampung pandai besi.

aparteid (apartéid) dasar membezakan warna kulit (biasanya antara kulit putih dgn kulit hitam), dasar diskriminasi terhadap orang berkulit hitam (di Afrika Selatan).

apartmen pangsapuri.

apas I sl anggun, kocak, tampan.

apas II Jk sial, celaka.

apatetik (apatétik) bersikap tidak ambil peduli (acuh tak acuh, endah tak endah, dsb).

apati sikap tidak menaruh minat atau sikap tidak endah terhadap sesuatu yg wajar diberi perhatian.

APEC (apéc) akronim bagi Asia Pacific Economic Cooperation (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik).

apeh (apéh) apek.

apek (apék) C panggilan kpd lelaki (agak tua) berbangsa Cina.

apeks (apéks) bahagian puncak atau hujung sesuatu yg tirus: ~ paru-paru; ~ daun.

apel (apél) IB minta banding.

apendektomi (apéndéktomi) pembuangan apendiks secara pembedahan.

apendiks (apéndiks) (Bio) umbai usus yg terdapat di persimpangan usus kecil dgn usus besar dan terletak di sebelah kanan abdomen.

apendisitis (apéndisitis) (Ubat) radang apendiks yg ditandai rasa sakit di abdomen dan disertai rasa loya, muntah, dan demam.

aperitif (apéritif) minuman beralkohol, terutamanya wain, yg diminum sebelum makan utk membuka selera.

apertur bukaan yg mengawal banyaknya cahaya yg masuk ke dlm kamera.

apes apas II.

api 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar: ~ kebakaran itu kelihatan menjulang-julang; 2. kepanasan (haba) yg digunakan utk memasak terutama drpd penunu dapur yg dinyalakan: letakkan kuali di atas ~; 3. kebakaran (biasanya diucapkan dlm keadaan cemas): ~! ~! Hamid berteriak! 4. bp elektrik: bil ~; 5. bp mancis api atau pemetik api (utk menyalakan rokok, cerut, paip, dsb); 6. ki sesuatu perasaan (spt marah, suka, rindu, cinta, dsb), semangat atau harapan yg meluap-luap di dlm hati (fikiran): ~ percintaan sedang membakar seluruh jantung hatinya; meniupkan ~ perjuangan; ~ perkauman;

~ lancip Id api yg lebih panas drpd api biasa;~ luka Id demam kerana luka; ~ neraka api seksaan dlm neraka;

~ itu pd tatkala kecil jadi kawan apabila besar jadi lawan prb kejahatan yg kecil itu hendaklah lekas diperbaiki sebelum berbahaya; ~ kecil baik padam prb kejahatan itu harus diperangi semasa kecil; ~ padam puntung berasap prb perkara yg telah selesai tetapi timbul kembali; ~ padam puntung hanyut prb Mn perkara yg sudah putus tidak ada sambungannya lagi; bagai ~ dgn asap prb tidak dapat dipisahkan; bagai rabuk dgn ~, asal berdekat menyalalah ia prb dikatakan kpd dua orang yg sentiasa berbantahan; bermain ~ latur (letup) prb barang siapa yg melakukan kejahatan, akan kena akibatnya kelak; bersuluh menjemput (minta) ~ prb bertanyakan sesuatu yg diketahui; di mana ~ berpupuk, di situlah asap keluar prb setiap kejadian itu tentu meninggalkan bekasnya; di mana ~ padam, di situlah puntung tercampak, di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal prb di mana kita mati, di situlah dikuburkan; kalau tak ada ~, masakan ada asap prb tentu ada sebabnya terjadi sesuatu hal; meletakkan ~ di bumbungan prb sengaja mencari bahaya; spt ~ makan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb suatu marabahaya yg berlaku pd orang yg lemah, tidak berdaya menolaknya; spt ~ makan (dalam) sekam prb sesuatu yg berlaku dgn diam-diam; spt meniup ~ di atas air prb melakukan pekerjaan yg hampir tidak memberi harapan akan berhasil; spt rabuk dgn ~ prb dua orang yg bertujuan sama dlm suatu perkara hanya menanti peluang yg baik saja lagi utk dikerjakan; sudah ke tengah makan ~ prb Mn suatu perselisihan yg susah didamaikan;

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə