A I huruf pertama abjad Rumi



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə3/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19

aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku;

teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn seperai dll);

adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll);

aduk-adukan campur aduk;

pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk: pengacauan boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;

pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk diaduk selalu dgn ~.

adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll);

mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm teknik sastera yg menarik;

adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih;

pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan;

pengadun alat utk mengadun: ~ warna.

adun II sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis warnanya;

beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~; baginda makan sirih yg beradun-adun;

mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~ pengantin;

adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~ kekasihnya.

ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya).

ad valorem (Udg) duti yg dikenakan mengikut nilai barang.

adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba lain.

advertensi (adverténsi) IB iklan.

advis IB nasihat; adpis.

advokat I IB peguam, peguam bela.

advokat II avokado.

aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm air bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.

aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.

aeroangkasa (aéroangkasa) 1. atmosfera bumi dan ruang yg melampauinya; 2. berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas: industri ~.

aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen dr udara.

aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan kemahiran mengendalikan penerbangan pesawat udara.

aerobik (aérobik) 1. senaman yg penuh bertenaga utk meningkatkan bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru, biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg rancak:ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat) senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas: pengudaraan diperlukan utk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma ~;

beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan badan spt ~.

aerobiologi (aérobiologi) kajian tentang mikroorganisma, spora dsb

yg dibawa angin, terutamanya yg menyebabkan penyakit.



aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2. bkn sesuatu benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai bentuk yg dapat melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta yg ~ membangkitkan keanggunannya.

aerodrom (aérodrom) lapangan terbang yg kecil, biasanya digunakan oleh pesawat udara persendirian utk berlepas dan mendarat.

aerofobia (aérofobia) perasaan takut kpd tiupan angin.

aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat udara.

aerolit (aérolit) sj tahi bintang yg mengandungi bahan silika.

aerologi (aérologi) kajian tentang atmosfera, termasuklah lapisan-lapisan atasnya.

aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan udara atau gas.

aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.

aeroponik (aéroponik) kaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan yg digantung di dalam persekitaran rumah hijau dgn menyemburkan larutan nutrien pd akar yg terjulur di udara: sistem ~ hanya memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah; ~ adalah salah satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam persekitaran rumah hijau.

aerosfera (aérosféra) seluruh atmosfera yg menyelubungi bumi.

aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara.

aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut (aerotaksis negatif).

aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke kawasan yg beroksigen.

afagia (Ubat) keengganan atau ketidakupayaan utk makan atau menelan.

afakia (Ubat) ketiadaan kanta mata secara semula jadi atau disebabkan kemalangan, kecederaan dsb.

afal Ar (jamak kpd fiil) kelakuan, perbuatan: orang itu baik ~nya.

afasia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk memahami atau mengungkapkan sesuatu ujaran yg disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pd otak.

afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~;

keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga dinyatakan ~ berfikir.

afdeling (afdéling) IB bahagian.

afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn alam-alam kognitif mereka.

afelion (afélion) titik dlm orbit tempat sesuatu komet atau planet berada paling jauh dr matahari.

aferesis (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi ujung dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan.

afesis (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan menjadi bang.

afghani unit mata wang Afghanistan.

afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2. kesihatan;

mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan;

keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg sempurna.

afid sj serangga kecil drpd famili Aphididae yg merosakkan tumbuh-tumbuhan dgn menghisap air daun, batang atau akarnya.

afidavit kenyataan atau keterangan bertulis dgn mengangkat sumpah yg disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah: peguam berkata beliau tidak menerima ~ terbaru dan syarikat berkenaan gagal mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.

afiliasi gabungan, pertalian: dua orang sarjana ini memerihalkan latihan sains dan ~ mereka dgn badan penyelidikan;

berafiliasi mempunyai perhubungan atau pertalian: lembaga keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn kekuatan sosiopolitik.

afiniti (Kim) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian utk bertindak atau berpadu dgn atom atau sebatian lain yg mempunyai juzuk kimia yg berbeza.

afonia (Ubat) kehilangan suara yg disebabkan oleh penyakit larinks, kerosakan saluran suara dsb.

aforisme (Lin) ungkapan yg tepat, ringkas, dan jelas yg mengandungi atau melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa (spt bersatu teguh bercerai roboh).

Afrikaans salah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan: bahasa ~.

Afrikaner orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yg berasal drpd keturunan Belanda dan bertutur dlm bahasa Afrikaans.

afrit Ar satu golongan jin yg jahat, ifrit: sedang kita leka bersuka ria, datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita.

afro potongan rambut yg berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan panjang, spt rambut sesetengah orang kulit hitam: rambut potongan ~.

afrodisiak bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat.

afsun ark pesona.

afta (Ubat) ulser kecil yg lazimnya terjadi di dlm mulut akibat jangkitan kulat.

AFTA akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas Asean).

Ag simbol kimia bagi argentum.

afwah Ar tuah (orang yg keramat): dgn ~ maulana menolong hamba mungkin tercapai segala yg dicitakan.

aga I (Turki) gelaran bangsawan.

aga II angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;

beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;

mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua itu dapat ~ anaknya;

keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~ bagi yg punya;

peraga raga III.

agah I; beragah berpandang muka mengajak berkelahi: sementara mereka ~, polis pun tiba;

beragah-agah, beragah-agahan berpandangan muka hendak berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (bkn ayam);

mengagah 1. memandang muka atau menentang mata (mengajak berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan bunyi yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak kecil itu sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya berkelahi): ~ ayam sabungan.

agah II Kl, Tr bersifat sombong: kalau kamu masuk kampung orang, jangan ~ sangat.

agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana;

agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari?

beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~;

mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena;

mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri;

mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan, memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela;

teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya;

teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan;

agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar.

agak II; pokok ~ paya sj tumbuhan (pokok), Vitex peralata.

agal I sj penyu besar.

agal II Jw serat pokok ibus.

agam I sl besar, tegap: terlalu ~ tubuhnya.

agam II tidak ada akhir, larut; berkepanjangan bagai ~ prb perbuatan (perkataan) yg berlarut-larut;

beragaman berlarutan, tidak berkesudahan: berpestalah sejauh impian ~.

agama 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaanTuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa);

beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak berdasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda;

mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama;

keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~.

agamani Id warak.

agamawan orang (golongan) yg mempunyai ketaatan, pegangan, dan latar belakang agama yg kuat: gerakan Islam yg dipelopori oleh tokoh ~ dlm perkembangan nasionalisme Melayu.

agan; beragan Mn bermaksud, berniat, sengaja; mati ~ mati bukan kerana penyakit (tetapi kerana rindu, sedih, dll);

mengagan, mengagan-agan mengganggu, menggoda, mengusik.

agar I supaya, semoga: awak harus bersekolah ~ pandai.

Agar II (dlm gelaran): Seri ~ Diraja.

agar-agar 1. sj tumbuhan (lumut laut), Eucheuma spp.; 2. lumut laut yg sudah diproses (dibersihkan dsb) dan boleh dimasak utk dibuat kuih atau penganan; 3. sj kuih.

agarik sj kulat yg biasanya terdapat pd lukisan cat.

agas I sj serangga kecil yg sangat mengganggu.

agas II; tali ~ tali senam, tali kala, tali tempat perempuan yg sedang bersalin berpegang.

agas III akas I.

agen (agén) sesuatu yg menyebabkan berlakunya tindak balas (proses dsb): ~ pendebungaan; ~ kimia; ~ pengoksidaan agen yg mendermakan oksigen kpd unsur atau sebatian lain sewaktu tindak balas kimia; ~ penurunan agen (unsur, sebatian, dll) yg menyingkirkan oksigen drpd unsur atau sebatian atau menambahkan hidrogen atau mendermakan elektron kpd unsur atau sebatian lain, sewaktu tindak balas kimia.

agenda (agénda) 1. susunan perkara yg dikemukakan utk dibincangkan (dlm mesyuarat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; 2. ark buku catatan.

agensi (agénsi) 1. organisasi perniagaan dsb yg mengendalikan sesuatu perkhidmatan: ~ pekerjaan; ~ pembantu rumah; 2. pejabat ejen; 3. organisasi pentadbiran kerajaan;

~ pelancongan badan atau syarikat yg menyediakan perkhidmatan pelancongan tertentu, spt menguruskan penempahan tiket pengangkutan, memberikan maklumat destinasi percutian dsb utk orang ramai yg ingin melancong; ~ penarafan badan yg membuat penilaian tentang kedudukan, keutuhan kewangan dsb sesebuah syarikat, institusi, atau individu serta memberikan taraf kedudukan tertinggi, sederhana, atau terendah mengikut merit masing-masing.

aghlaf Ar 1. tidak bersunat; 2. kafir.

agih bahagi, beri;

beragih berbahagi (harta dll);

mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua);

mengagihkan membahagikan, memberikan: ia ~ rokok buatan luar negeri kpd kami;

mengagih-agihkan membahagi-bahagikan: di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan;

pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb;

peragih pembahagian, pemberian: apa ~ mentua kpd pengantin itu?

agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian.

aging-aging sj tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah, keremak jantan (hutan), Eclipta alba.

agitasi IB hasutan (supaya memberontak dll).

agitator IB penghasut, perisau.

aglosia (Ubat) ketiadaan lidah sejak lahir.

aglutinasi 1. (Ubat) penggumpalan sel darah, atau mikrooganisma spt bakteria, akibat tindakan antigen dan antibodi dlm darah; 2. (Lin) penambahan imbuhan pd kata atau kata akar utk menunjukkan fungsi tatabahasa, mis mem-, per-, dan -kan dlm mempertemukan.

aglutinin (Ubat) antibodi yg menyebabkan sel bakteria tertentu melekat antara satu dgn lain utk membentuk gumpalan yg akan dimusnahkan oleh sel darah putih.

aglutinogen (Ubat) bahan yg bertindak sbg antigen yg merangsang penghasilan aglutinin tertentu dlm darah.

AGMARIS akronim bagi Agriculture Marketing Information Systems (Sistem Maklumat Pemasaran Pertanian).

agnostik orang yg berpendapat atau berpendirian bahawa hanya sesuatu yg berupa kebendaan sahaja yg boleh diketahui manakala pengetahuan tentang Tuhan dan segala yg abstrak tidak mungkin: mereka itu terdiri drpd skeptik, ~, ateis, dan peragu.

a go go sj tarian yg diiringi muzik pop yg rancak yg popular pd 1960-an.

Agong; Yang di-Pertuan ~ gelaran utk Ketua Negara Malaysia.

agorafobia (Psi) ketakutan yg amat sangat terhadap tempat yg luas dan lapang.

agrafia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk menulis akibat kecederaan pd otak.

agraria IB urusan tanah (pertanian, perkebunan, dll).

agraris IB (berasaskan, berkaitan dgn, bersifat, dsb) pertanian: Inggeris tidak begitu suka mengganggu masyarakat Melayu yg dianggap masyarakat ~.

agregat (agrégat) I IB bp enjin utk membangkitkan tenaga elektrik.

agregat (agrégat) II jumlah: dia mendapat ~ yg baik dlm peperiksaan SRP.

agresi (agrési) IB pencerobohan (oleh sesebuah negeri terhadap negeri lain).

agresif (agrésif) cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan, bersengketa, dsb);

keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka terhadap fahaman liberal;

pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan yg agresif.

agresor (agrésor) IB pihak (negara dll) yg memulakan serangan atau pencerobohan, penyerang (yg memulakan persengketaan dsb).

agro- awalan asing berkaitan dgn pertanian, tanah, atau ladang, mis dlm agrokimia dan agroteknologi.

agroekologi (agroékologi) kajian saintifik tentang hubungan antara organisma hidup dgn persekitaran, khususnya di kawasan pertanian.

agroekonomi (agroékonomi) ekonomi yg berasaskan atau berkaitan dgn pertanian.

agroindustri industri yg berkaitan dgn aktiviti pertanian.

agrokimia; bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk tujuan pertanian, mis racun serangga.

agrologi kajian saintifik tentang tanah dan potensi daya pengeluarannya dr segi pertanian (tanaman dsb).

agronomi sains pertanian atau cabang ilmu pertanian yg berkaitan dgn pengelolaan tanah utk menghasilkan tanaman.

agrostologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang rumput.

agroteknologi (agrotéknologi) teknologi yg berkaitan dgn pembangunan pertanian.

aguk 1. perhiasan yg tergantung pd kalung pengantin (bentuk bulat bagi laki-laki, bentuk bulan sabit bagi perempuan); 2. buah rantai, loket.

agul; agul-agul Id angkuh, sombong;

mengagulkan membanggakan, memegahkan, menyombongkan.

agun Id cagar, sandar(an);

mengagunkan mencagarkan, menggadaikan;

agunan cagaran, gadaian, jaminan.

agung I 1. (paling) besar, terutama: balai ~; layar ~; tiang ~; 2. yg tertinggi: pemerintah ~; 3. teristimewa, terkemuka, terutama: Allahyarham Tun Abdul Razak seorang pemimpin yg ~; Allahyarham P. Ramlee seniman ~ Malaysia; tamu ~; 4. yg terbuka kpd dan utk dihadiri oleh semua ahli (bkn mesyuarat, persidangan, dsb): persidangan ~ UMNO; mesyuarat ~ Kesatuan Sekerja DBP;

mengagungkan menjadikan (menganggap dsb) agung, membesarkan, memuliakan, meninggikan: al-Quran ~ ilmu pengetahuan dan memuliakan ahli ilmu;

mengagung-agungkan selalu (sering kali) mengagungkan, sangat mengagungkan;

keagungan kebesaran, kemuliaan, ketinggian: ~ Abdullah sbg pengarang terletak pd konsepsinya yg moden;

pengagungan perbuatan dsb mengagungkan: antara yg menghalang perkembangan pesat bahasa Melayu ialah kekurangan bahan rujukan dlm bahasa itu dan ~ bahasa Inggeris.

agung II; teragung, teragung-agung terhantuk (kepala, buah-buahan); ragung.

agus Id 1. sj gelaran: mas ~; 2. sl bagus, elok, mulia.

agut; mengagut-agut Mn kehabisan nafas (spt ikan yg hampir mati), mengap-ngap.

agut-agut = burung ~ burung butbut.

ah sr kata utk menyatakan kehairanan (tidak setuju, keluhan, runsing): ~, itukah yg kaumaksudkan!; ~, seganlah aku!; ~, mengapa budak-budak itu tidak dapat berfikir!

aha kata seru utk menunjukkan tanda faham, hairan, atau sedar akan sesuatu: ~, ini ideanya!

ahad I Ar 1. satu, esa: Allahu A~; 2. pertama; hari A~ hari pertama dlm seminggu selepas hari Sabtu, hari minggu; 3. minggu; se~ seminggu, sejumaat.

ahad II Ar perjanjian;

mengahadkan 1. menikahkan: maka kadi pun tampillah ke hadapan ~ kedua-duanya; 2. memeterai perjanjian.

ahadiat Ar sl ketunggalan (Tuhan).

ahai sr kata utk menarik perhatian: saya tak senang kalau tak lalu di muka rumah saudari, ~!

ahem (ahém) sr kata utk menarik perhatian.

ahi ahai.

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə