A I huruf pertama abjad Rumi


mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati; kearcaan



Yüklə 0,83 Mb.
səhifə16/19
tarix24.02.2018
ölçüsü0,83 Mb.
#27892
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19

mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;

kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit;

pengarcaan proses menghasilkan arca;

pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya.

ardi I sl gunung.

ardi II Ar, sl bumi, tanah.

are IB ukuran luas, 100 m2.

arek (arék) Jw anak: ~ Surabaya.

aren (arén) Jw enau, kabung.

arena (aréna) 1. gelanggang (permainan dsb): ~ badminton; 2. lapangan, gelanggang: ~ politik tanah air; memajukan lagi ~ sukan negara; 3. gelanggang (pertempuran dsb), medan: kawasan itu menjadi ~ pertempuran antara pasukan tentera kedua-dua negara yg bermusuhan itu.

ares (arés) IB 1. penangkapan; 2. hukuman (tidak boleh keluar rumah dll);

mengares 1. menahan, menangkap; 2. menghukum.

arestasi (aréstasi) IB penahanan, penangkapan.

argari (Hindustan) gari, belenggu tangan.

argentum (argéntum) (Kim) sj unsur logam, perak.

argon (Kim) sj gas nadir yg digunakan dlm lampu elektrik.

argot bahasa yg khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dgn kelas sosial rendah spt pencuri atau penyeluk saku.

argus sj binatang, tikus belanda, marmut.

ari I; kulit ~ kulit luar, kulit selaput.

ari II; ular ~ sj ular yg berbisa.

ari III Jw, sl adik, adinda.

ari-ari bahagian bawah perut yg di bawah sekali (ke atas sedikit drpd kemaluan).

aria Jw 1. gelaran putera raja; 2. sl kata bujukan: ~ ningsun.

Aries lambang pertama dlm zodiak, yg berlambangkan biri-biri jantan.

arif 1. yg mengetahui (biasanya dirujuk kpd seseorang yg memahami sesuatu dgn mendalam atau luas pengetahuannya): saya mengangguk lagak doktor yg sudah ~ akan penyakit yg dihidapi kanak-kanak itu; ia ~ akan hal-hal tersebut; ~ bijaksana arif lagi pandai; 2. bijaksana, berasaskan pemikiran yg mendalam: hal inilah yg wajar diselidiki, wajar diberi penelitian secara ~; 3. Ar orang yg mendapat makrifat drpd Allah.

mengarifi arif akan, memahami: sbg seniman, dia sewajarnya ~ apa yg berlaku di sekitarnya;

mengarifkan menjadikan arif;

kearifan perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya.

arifin Ar (jamak bagi arif) orang yg mendapat makrifat drpd Allah.

arih; mengarih, mengarihkan 1. menghulurkan (tangan dll) hendak memeluk dll: ia ~ tangannya ke muka; 2. Mn menambatkan, mengikat: ~ kerbau.

arik I; mengarik sl meraih, merengkuh: ~ pengayuh.

arik II Ar tidak boleh tidur, jaga.

arik III; mengarik mengerik.

aring I kerawang di pangkal mata keris.

aring II sj jerat atau jebak yg terdiri drpd tali pencerut, penjerut.

aring-aring sj tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang putih, bin), keremak jantan (hutan), daun dakelin, Eclipta alba.

ariningsun Jw, sl adikku, adindaku (perempuan).

arip sangat mengantuk: ~ sangat mata kekanda.

aris I bahagian tepi (kelim) layar dsb yg dibuat drpd rotan (tali dll);

beraris ada aris, berhias dgn aris.

aris II ark getah pokok yg sudah beku.

aris III Kl tali pukat yg melampung.

arisan kutu (pengumpulan wang).

aristokrasi pemerintahan oleh kaum bangsawan.

aristokrat 1. kaum bangsawan; 2. penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya).

arit I Jw sabit, penyadap;

mengarit menyabit (rumput).

arit II tombak ikan; piarit.

aritmetik sains tentang nombor yg melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab, kira-kira: mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi angka termasuk dlm bidang ~.

aritmia (Ubat) denyutan jantung yg tidak normal.

arjuna sl 1. dewa-dewa Hindu yg termasyhur kerana kepahlawanan mereka; 2. ki lelaki yg dikasihi (sama ada kekasih, suami, dsb): aduhai, ~ kekasihku!

arka; ~ elektrik cahaya yg berkilau yg terhasil di udara akibat ternyahnya cas elektrik di antara dua elektrod atau litar elektrik bertekanan tinggi yg terputus.

arkaik 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg tidak begitu dikenal atau bersifat ~.

arkaisme cara kuno (bkn pemakaian kata, bentuk kata, dan ayat).

arkan Ar ark (jamak bagi rukun) rukun-rukun.

arked (arkéd) laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dgn kedai-kedai kecil di kiri kanannya.

arkeografi (arkéografi) kajian tentang dokumen bertulis yg kuno.

arkeologi (arkéologi) kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah) dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba; ahli ~ orang yg pakar dlm bidang arkeologi.

arketaip (arkétaip) model asal sesuatu mesin, sistem dll yg menjadi contoh, prototaip.

arkian sl sesudah itu, maka: ~, tersebutlah pula putera baginda Tuanku Malim Deman besarlah sudah.

arkib 1. kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan; 2. tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; 3. (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg lama;

mengarkib (Komp) menyalin atur cara atau data ke dlm cakera, pita, dll utk penyimpanan jangka panjang;

mengarkibkan menyimpan sesuatu bahan (rekod, dokumen, dsb) di arkib: tradisi-tradisi itu didokumentasikan bukan utk diarkibkan;

kearkiban segala yg berkaitan dgn fungsi (kegiatan,urusan, dsb) arkib: anugerah itu sbg sumbangannya dlm bidang ~.

arkitek (arkiték) 1. jurubina; 2. ki perancang atau pencipta sesuatu.

arkus argus.

arloji IB jam kecil: ~ saku; ~ tangan.

armada 1. angkatan laut yg terdiri drpd kapal-kapal perang; 2. kapal-kapal dagang (dr sesuatu negara).

armadilo sj binatang kecil drpd famili Dasypodidae yg bersisik tebal, mengorek tanah dan menggulingkan badannya spt bola apabila diserang, biasanya terdapat di bahagian tengah dan selatan benua Amerika.

armistis perjanjian yg dibuat antara negara yg sedang berperang utk melaksanakan gencatan senjata dan membincangkan langkah berdamai, perjanjian gencatan senjata.

arnab sj binatang mengerip yg menyerupai kucing tetapi lebih panjang telinganya, kelinci, kucing belanda, Oryctolagus spp.

arnal IB sj tusuk kundai.

aroma bau (terutama bau yg menyedapkan drpd rempah, pokok, dsb);

beraroma ada aroma, berbau sedap: masakan yg ~ itu ialah masakan India.

aromaterapi (aromatérapi) sj rawatan yg menggunakan minyak harum yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan utk melegakan rasa tegang, sakit dsb.

aromatik (Kim) bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

arombai sj perahu di Ambon.

arpus sj damar utk menguatkan tali (spt tali penggesek biola).

ar-rahn konsep perbankan Islam yg merujuk kpd kaedah pembiayaan yg melibatkan penyerahan aset sbg cagaran sesuatu hutang.

arsenik (Kim) sj unsur bukan logam yg digunakan utk membuat racun perosak, ubat sapu, peranti elektronik, dsb.

arson (Udg) perbuatan membakar harta (rumah, bangunan dsb) dgn sengaja, sama ada bermotifkan niat jahat atau utk menuntut pampasan insurans.

arteri saluran darah yg membawa darah yg mengandungi oksigen keluar dr jantung utk mengalir ke seluruh badan.

arteriol (Bio) arteri kecil.

arteriosklerosis (arteriosklérosis) (Ubat) keadaan dinding arteri yg menjadi keras, tebal, dan hilang kekenyalan.

articok sj sayur hijau yg mempunyai daun tebal yg tersusun spt kelopak bunga, Cynara scolymus.

artifak barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.

artifisial bukan asli, buatan, tiruan.

Artik daerah Kutub Utara.

artikel 1. fasal dlm kitab undang-undang; 2. karangan (dlm surat khabar, majalah, dll), makalah, rencana.

artikulasi 1. cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas; 2. penyataan idea atau perasaan terutamanya dgn kata-kata;

mengartikulasikan menyatakan idea atau perasaan terutamanya dgn kata-kata: rasa kecewanya tidak diartikulasikan.

artileri 1. pasukan tentera yg bersenjata meriam; 2. meriam (biasanya beroda).

artis 1. orang yg kerjanya atau kegemarannya mencipta hasil seni (terutama lukisan); 2. penghibur (spt penyanyi, penari, dll); ~ rakaman penyanyi atau pemuzik yg merakamkan persembahannya dlm sesebuah album dgn syarikat rakaman mengikut kontrak tertentu.

artisan pekerja yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, tukang: Antonio Pobello ialah seorang ~ berbangsa Itali yg mula-mula sekali membuat kasut dgn menggunakan tangan.

artistik 1. sangat indah (dikerjakan dsb dgn perasaan kesenian): ia gemar melihat benda-benda yg ~; 2. berasaskan (berkaitan dgn, menunjukkan, dsb) nilai-nilai seni: tanpa bantuan segala ini, sesebuah filem akan mengecewakan dr segi ~.

artralgia (Ubat) rasa sakit pd sendi.

artritis (Ubat) radang pd sendi atau tisu sendi.

artrologi kajian tentang sendi.

artropod (Bio) haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) drpd filum Arthropoda yg mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar.

aru gelaran bangsawan Bugis, raja, puteri; arung I.

aruan haruan.

aru-aru; hantu ~; hantu I.

aruda sj tumbuhan (herba), daun inggu, Ruta graveolens.

aruh; mengaruh 1. (Ubat) mencetus atau mempercepat proses bersalin (biasanya dgn memberi ubat); 2. (Fiz) menghasilkan arus elektrik atau daya gerak elektrik secara pengaruhan;

aruhan (Fiz) sifat sesuatu litar elektrik yg beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yg sama atau dlm litar lain yg berdekatan;

pengaruhan (Fiz) proses memindahkan sifat elektrik (magnet) dr satu litar (atau jasad) ke litar (jasad) yg lain tanpa melalui sentuhan fizikal;

pengaruh (Fiz) induktor.

aruk I; mengaruk melakukan tarian perang (adat orang Bugis sbg menunjukkan kesetiaan kpd raja).

aruk II; mengaruk 1. mengacaukan (gajah liar yg menggemparkan binatang-binatang jinak, kerbau yg mengacau lumpur, dll); 2. melakukan sesuatu yg menimbulkan kegemparan (kekacauan, gangguan, dll), menggemparkan;

pengaruk orang yg mengaruk.

arun I; mengarun mengacau, mengaduk (nasi, pulut, dll).

arun II Mn harum.

arung I (Bugis) gelaran, raja, puteri; aru.

arung II; arungan harung I.

arus 1. gerakan air atau udara: ~ deras air sungai; 2. = ~ elektrik gerakan atau aliran tenaga elektrik melalui sesuatu pengalir; ~ terus = ~ searah Id aliran elektrik yg tetap haluan dan kuasanya; ~ ulang-alik = ~ bolak-balik Id aliran elektrik yg haluan dan had kuasanya bertukar-tukar; 3. pergerakan kenderaan (manusia dll) yg tidak putus-putus: menantikan redanya ~ lalu lintas di jalan; hilang dlm ~ orang banyak yg meninggalkan stadium; 4. ki aliran, perkembangan: sesuatu perlakuan tidak boleh didefinisikan secara berasingan drpd kedudukannya dlm ~ penceritaan; ~ sejarah; ~ zaman; ~ perubahan fesyen; ~ pembangunan; 5. = ~ hidup (penghidupan) perjalanan hidup, kehidupan: dia tidak lagi menghanyutkan diri ke dlm ~ kota;

~ air mata air mata yg mengalir dgn tidak putus-putus; ~ dingin = ~ sejuk arus yg membawa udara yg dingin (sejuk); ~ lautan arus yg bergerak di kawasan lautan; ~ panas arus yg membawa udara yg panas; ~ pasang surut arus yg disebabkan oleh gerakan pasang surut; ~ perdana perkembangan semasa yg sedang giat berlaku dr segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb): tiada kawasan di negeri yg disisihkan drpd ~ perdana pembangunan;

berarus ada arusnya: air yg melaut itu rupanya tenang tetapi pd setengah-setengah tempat ~.

arwah Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayahnya; ~ Pak Mat;

mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia.

as I IB gandar, pasak, sumbu: kereta itu patah ~nya;

beras mempunyai as: kaleng itu diberi ~ dan bertali supaya dapat ditarik.

as II IB daun pakau yg tertinggi nilainya.

As simbol kimia bagi arsenik.

as kep alaihissalam.

A.S. kep Amerika Syarikat.

asa I harap(an); putus (berputus) ~ tidak menaruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dsb), putus harapan;

asa-asaan harap-harapan, selalu berharap (mengharapkan);

mengasakan mengharapkan.

asa II esa.

asa III Mn 1. sangka; 2. sengaja;

mengasa 1. menyangka; 2. menyengaja.

asabah Ar waris yg berhak mendapat pusaka tanpa ditetapkan bahagiannya, tetapi berhak menerima semua harta atau baki yg ada setelah setiap waris menerima bahagian masing-masing, atau ia mungkin langsung tidak mendapat apa-apa sekiranya waris yg lain telah menghabiskan semua pusaka berkenaan.

asabat Ar urat yg menyebabkan kita dapat merasa (melihat dll), saraf; perang ~ perang saraf (perang saling menggertak, saling menakuti); sakit ~ sakit saraf.

asad Ar, sl singa, (sering kali juga) harimau; ~ pahlawan pahlawan yg berhati singa.

asah I gosok (utk menajamkan, meratakan, melicinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;

berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);

mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengembangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;

asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;

pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;

pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.

asah II ark sah.

asah III Ar asahhu.

asahan sahan.

asahhu Ar lebih benar (bkn suatu pendapat ulama yg lebih kuat drpd pendapat lain): menurut kaul yg ~, haram suami menafikan anaknya itu.

asai 1. sj binatang kecil yg memakan kayu, bubuk: rumah papan yg telah dimakan ~; 2. lapuk (dimakan bubuk).

asak padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;

berasak 1. = berasak-asak = berasak-asakan berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya;

mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadapan; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi pertanyaan ~ benak Matakob;

diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi;

mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu;

asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak ketentuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja.

asal 1. mula(nya), yg mula-mula (pertama) sekali: adapun ~ nama Lenggui itu Glong Gui, ertinya perbendaharaan permata; bentuk ~ bangunan itu dikekalkan; rancangan ~; 2. tempat semula, keadaan semula, pangkal permulaan: dr mana ~nya budak ini? 3. = ~ saja (sahaja) = asalkan = ~-asalkan a) dgn syarat, apabila: kau boleh pulang ~ pekerjaanmu sudah selesai; buatlah apa yg patut, ~ tidak menyakitkan hati orang lain; b) sebaik saja, setiap ... saja: ~ dapat gaji terus berjoli;

~ ada kecil pun jadi (pada) prb kalau tidak ada banyak, sedikit pun cukup (memadai); ~ ayam pulang ke lumbung, ~ itik pulang ke pelimbahan prb tabiat orang tidak akan berubah; ~ berisi tembolok senang hati prb apabila cukup makan atau pakai, senanglah hati; ~ ditugal adalah benih prb janganlah disusahkan tidak ada pertolongan asal dimulai dahulu pekerjaan; usul menunjukkan ~ prb kelakuan (budi bahasa) orang menunjukkan asalnya (keturunannya); usul-usul, asal-asal, ~ jangan ditinggalkan prb dlm segala hal, haruslah ditilik puncanya;

berasal 1. bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; 2. keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; 3. berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~;

mengasalkan = ~ kpd memulangkan kpd, mengembalikan kpd (asal, keadaan semula);

diasalkan = ~ oleh disebabkan (oleh);

asalan (Mat) titik rujukan asal bagi titik-titik lain pd garis satah atau dlm ruang.

asali Ar 1. yg asal, yg semula; 2. berasal, berbangsa; asli.

asal usul 1. salasilah, asal keturunan (seseorang); 2. peringkat awal atau permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan;

mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa.

asam I 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini;

~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam berserta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu;

~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gunung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (pekerjaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman;

mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris;

mengasami membubuh asam pd;

mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk;

asaman, asam-asaman buah-buahan yg diasamkan (dijeruk).

asam II sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tamarindus indica; akar ~ kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes.

asang Br, Sr insang.

asap 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap;

~ api asap yg keluar dr api; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar;

belum dipanjat ~ kemenyan prb belum berkahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mungkin dicapai);

berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus;

dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan sesudah lama menderita kekurangan;

mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi;

mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, mengharumkan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya;

~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn mengenakan asap dupa;

pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi;

perasap, perasapan tempat membakar kemenyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku memasang ~ dan memasukkan sedikit setanggi.

asar Ar 1. = waktu ~ waktu bayang-bayang kayu dsb sama panjang dgn kayu dsb yg menjadi pengukurnya hingga terbenam matahari; 2. = sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu asar;

~ rendah petang hari semasa matahari sudah rendah (lebih kurang pukul lima petang); ~ tinggi petang hari masa matahari masih tinggi (lebih kurang pukul tiga petang).

Yüklə 0,83 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   11   12   13   14   15   16   17   18   19




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə