Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
6. Persoalan kepercayaan karut masyarakat kampung.
-
Nek Kiah percaya di rumah Dahlia ada hantu oleh sebab itu, seorang demi
seorang keluarganya ditimpa bencana. (m/s 50-53- Nek Kiah tidak mahu
dipadamkan kapur yang diletakkan dipintu rumah Dahlia kerana dikatakan boleh
menghalau hantu)
-
Nek Kiah menuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah sebanyak
tujuh kali kerana dikatakan Said boleh hidup semula jika dibuat begitu. (m/s 56-
Nek Kiah menyuruh seorang anak muda membawa Said keliling rumah tujuh kali
kerana dikatakan nyawanya boleh kembali )
7. Persoalan kesabaran dalam mengharungi dugaan hidup
-
Dahlia tetap bersabar apabila Aton menyindirnya sewaktu dihantar oleh Azhari.
-
Dahlia tetap bersabar apabila Aton mengatakan emaknya gila.
-
Dahlia bersabar mengharungi kehidupannya walaupun keluarga mereka hidup
dalam kemiskinan.
-
Dahlia tetap bersabar menghadapi kerenah Nek Kiah yang membenci
keluarganya.
8. Persoalan semangat untuk menempa kejayaan
-
Dahlia terpaksa berulang alik ke sekolah setelah emaknya dirawat di hospital
kerana dia tetap ingin belajar.
-
Dahlia bersemangat mengulang kaji pelajaran di pusat pemindahan banjir demi
mencapai kejayaan dalam STPM.
9. Persoalan keberanian menyelamatkan nyawa orang lain
-
Dahlia seorang yang berani kerana sanggup terjun ke dalam sungai untuk
menyelamatkan Said walaupun sungai itu arusnya deras.
10. Persoalan semangat setia kawan
-
Kavita membawa Najib datang ke rumah Dahlia apabila Dahlia kerap tidak hadir
ke sekolah. Hal ini membuktikan semangat setia kawan yang tinggi.
-
Kavita diminta oleh Cikgu Hisyam untuk membuat salinan nota untk diberikan
kepada Dahlia. Kavita menurut suruhan cikgunya kerana dia mempunyai
semangat setia kawan dalam membantu rakannya yang dalam kesusahan.
11. Persoalan sikap mementingkan diri sendiri
-
Nek Kiah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana tidak mahu membantu
anak dan cucunya sendiri yang hidup dalam kemiskinan.
-
Seman, anak Nek Kiah juga seorang yang mementingkan diri sendiri kerana
berpakat denganNek Kiah untuk menjual tanah yang menjadi tempat tinggal
keluarga Dahlia.
12. Persoalan suka berprasangka buruk terhadap orang lain
-
Aton suka buruk sangka terhadap Dahlia apabila Azhari dan Najib berkunjung ke
rumahnya.
-
Aton juga mengatakan emak Dahlia “orang gila”
-
Aton juga telah menuduh Dahlia yang menjadi penyebab kematian anaknya,
Said.
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
13. Persoalan sikap keprihatinan terhadap orang lain
-
Tauke Lim amat prihatin terhadap keluarga Embong. Beliau selalu membantu
Dahlia dan keluarganya dengan memberi hutang apabila keluarga Dahlia
membeli barang di kedainya.
-
Haji Sulaiman juga amat prihatin kepada keluarga Embong. Beliau juga
membantu membawa Saleha untuk dirawat di hospital. Beliau juga selalu
meminjamkan wang kepada Embong.
-
Cikgu Hisyam juga seorang yang prihatin terhadap masalah Dahlia. Beiau
menyuruh Kavita membuat salinan nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah.
Watak Utama
1. Dahlia
•
Anak sulung (m/s 8)- harapan keluarga mempunyai lima orang adik
•
Seorang yang bakal menduduki STPM (m/s 5)
•
Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim (Ting. 6)
(m/s 42) dan Sekolah Menengah Tun Ismail (Ting.1 – Ting.5)
•
Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya
•
Seorang yang bijak-Cikgu hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM.
Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran di Jepun.
•
Hidup dalam suasana kemiskinan –berhutang dengan Tauke Lim (m/s 14)
•
Ibunya menghidap penyakit kemurungan
•
Bapanya dipatuk ular
•
Seorang yang tidak sombong –melayan Aton yang menyindirnya ketika
dihantar pulang oleh Azhari (m/s 10)
•
Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak
(m/s 19)
•
Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan
adik-adiknya.
•
Seorang yang menghormati tetamu –memberi layanan yang baik kepada
tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya
(m/s 21)/ menghidangkan air bujang ketika Kavita dan Najib berkunjung ke
rumahnya (m/s 78)
•
Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu
yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua (m/s 27)
•
Seorang yang berani- Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan
Said (m/s 53)
•
Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan (m/s 57)
•
Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan
minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital (m/s 73)