Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis.Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang ular
itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan maut
untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk mengetahui punca
dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar dari rumah dan pergi
memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu, dia memikirkan
kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga sanggup
mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran seorang
pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.
Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib
melihat kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak
hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk membawa
adiknya ke klinik.
Pada ketika itu, bapa saudara Dahlia, Pak Cik Seman pergi ke rumah Nek Kiah.
Seman memberitahu Nek Kiah dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha
yang telah dibawa ke hospital di Johor Bahru. Seman menuduh Embong mempelajari ilmu
sehingga Leha sanggup berkahwin dengannya yang tidak diketahui asal usulnya. Seman
mencadangkan agar tanah yang diduduki oleh keluarga Dahlia dijual. Seman berjanji
dengan emaknya untuk mencari pembeli. Nek Kiah bersetuju dengan cadangan Seman
apabila mendengar nilai tanah itu yang dapat dijual dengan harga RM15,000 .
Bab 10: Selamat Tinggal,Asrama Puteri !
Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara
sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM
tinggal hanya empat bulan sahaja .Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan.
Tiba-tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru
kelasnya ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui
masalah Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam
mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM.
Bab 11: Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Embong marah akan Abu Bakar,anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan
suka berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong
semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus menunggang
motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada Tauke Lim.Tiba-
tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila Mawar,anaknya
yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang bercuti. Mawar
memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar bertanya tentang
emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri. Pada hari itu, Dahlia
pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi kerana masalah
Novel Songket Berbenang Emas
Disediakan oleh: HBS/SMK Convent,Taiping-2016
kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke
Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka membantunya.
Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang.
Dia membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan kedatangannya.
Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang merawat emaknya.
Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai ke tahap berbahaya dan
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi sebegitu. Beliau juga
menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada tekanan.
Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di bilik
16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia bekerja
sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di situ.
Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu dan
dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh
seorang lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia.Pada malam itu,
Dahlia memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang
dirawat. Apabila Dahlia melihat abahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan
perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka.
Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi.Dahlia juga
memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama.Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.
Bab 14: Hilang dari Kandang
Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong.Dia berasa hampa
apabila mendapat tahu kambing tersebut telah hilang.Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya.Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri orang.
Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin menjual
kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu miliknya
atau milik orang lain.
Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya walaupun telah mengetahui
keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali pertunangannya dengan Dahlia kerana
ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian. Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan
kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu ialah rombongan keluarga Azhari yang
ingin merisiknya.