Pelajaran: Pertempuran Kristus dan Iblis [CB81]



Yüklə 67,5 Kb.
tarix30.10.2018
ölçüsü67,5 Kb.
#76350


Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[CB81]

Pelajaran:

Pertempuran Kristus dan Iblis

(Edisi 2.0 20060328-20070320)


Pelajaran ini akan melihat tinjauan sebelah menyebelah kisah jasmaniah Ahab dan Nabot dalam 1 Raja-raja bab 21 berbanding pertempuran rohaniah antara Iblis dan Kristus.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA


E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta 2006, 2007 Russ Hilburn dan Diane Flanagan, ed. Wade Cox)

(tr. 2009)


Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Pelajaran: Pertempuran Kristus dan Iblis





Sasaran:

Tinjauan sebelah menyebelah kisah jasmaniah Ahab dan Nabot berbanding pertempuran rohaniah antara Iblis dan Kristus.


Objektif:

  1. Anak-anak akan belajar bahawa ada pelajaran-pelajaran rohaniah kepada “kisah-kisah” Alkitab.

  2. Anak-anak akan mengakui bahawa Kristus dan Iblis memang berperang pertempuran rohaniah.

  3. Anak-anak akan mengenal konsep-konsep utama dalam 1 Raja-raja 21.


Ayat Relevan:

Roma 1:20; 1 Raja-raja 21; Matius 4:8-10; Imamat 25:23


Moral:

Daripada benda-benda jasmaniah kita belajar tentang hal-hal rohaniah (Roma 1:20).


Sumber:

Senarai nama dan erti watak-watak sejajar:


Nabot – (SHD 5022 bererti buah yang Tuhan tabur benihnya) – Kristus orang Yizreel (3158: ditaburi Tuhan): Buah yang Tuhan taburi.
Ahab – (256 daripada 251 dan 1: teman atau sahabat bapanya) – Iblis. Iblis dan Mesias merupakan dan masih bersaudara.
Raja Samaria – (8157: gunung penjaga) – Kepimpinan planet ini diberikan oleh Tuhan kepada Iblis. Iblis merupakan penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2); dialah tuhan zaman dunia sekarang ini (2 Kor. 4:3-4).
Kebun Anggur di Yizreel – (3157: Tuhan menabur) – Kepimpinan Jemaat. Tuhan/Eloah merupakan pengusaha pokok anggur, Kristus ialah pokok anggurnya (Yohanes 15:1-11) dan kita dicantumkan kepada pokok anggur itu (Roma 11:16-21); kebun anggur Tuhan ialah seluruh kaum Israel (Yesaya 5:7). Kita tidak harus menjual pusaka kita (Imamat. 25:23).
Izebel – (348 daripada 336: ee atau tidak sebagai soalan, dan 2083: tempat tinggal atau kediaman, justeru ‘Iyzebel bukan tempat kediamanku (Strong’s berpendapat ini membayangkan suci) – Sistem palsu atau Rahsia Babel Besar (Wahyu 17:5) yang berperang dengan orang-orang kudus (Wahyu 13:7).
Meterai – hak kuasa sebagai Bintang Timur diberikan kepada Iblis; dialah ilah zaman ini (2 Kor. 4:3-4).
Dua anak Belial/orang dursila (1100: kejahatan atau kenakalan). Orang-orang jahat yang mengucap saksi dusta dan membawa kesaksian palsu. Ini mewakili saksi palsu terhadap Kristus (Mat. 36:59; Markus 14:56,57).
Elia – (452: Tuhanku ialah Yahovah atau Yaho ialah Tuhan) orang Tisbe (8664: tawanan), justeru: Yaho ialah Tuhan Tawanan. Jemaat Sejati bertindak sebagai nabi secara keseluruhan.
Format:

  1. Buka dengan doa.

  2. Tinjau watak-watak dalam kisah ini dan siapa yang mereka wakili.

  3. Baca keseluruhan lakonan itu.

  4. Izin waktu untuk perbincangan dan persoalan mengikut keperluan.

  5. Tutup dengan doa.


Aktiviti

  1. Baca keseluruhan lakonan.

  2. Tugaskan peranan.

  3. Izinkan anak-anak membuat boneka, adegan atau dapatkan pakaian untuk pertunjukan boneka atau lakonan.

  4. Buat latihan lakonan.

  5. Terus buat tinjauan simbolisme.

  6. Jika boleh benarkan anak-anak melakonkan dan menjelaskan lakonan itu.

Jika membuat pertunjukan boneka, potong sedia garis bentuk tubuh asas untuk anak-anak. Izinkan anak-anak memakaikan boneka-boneka mereka dengan kertas pembuatan, gunakan benang tenun untuk rambut, dan gunakan pena penanda untuk menghias muka. Satu cara yang telah digunakan dengan baik pada masa lalu ialah dengan meletakkan nama watak di depan bonekanya serta nama simboliknya di bawah nama itu di depan atau belakang boneka. Satu lagi cara ialah dengan memaparkan nama-nama, ertinya dan nama simbolik sejajarnya untuk para penonton.


Salinan dengan bahagian diterangi untuk setiap watak bersuara dapat membantu.
Biasanya anak-anak bersuara amat senyap, khasnya anak-anak lebih kecil, jadi mikrofon dalam kawasan itu dapat membantu. Jika ini pertunjukan boneka dan mereka berada di bawah meja dengan lapik atasnya, suara mereka akan lebih redam lagi. Beberapa salinan lakonan di kalangan penonton dapat membantu jika mikrofon tidak ada. Anak-anak pasti suka melihat persembahan mereka jika ada orang mempunyai perakam video.
Lakonan

Watak mengikut urutan kemunculan:



Pencerita:

Ahab - Iblis

Nabot – Kristus

Izebel – Jemaat-jemaat Palsu

Dua anak Belial/orang dursila



Elia
Latar belakang untuk seluruh lakonan ini ialah istana Raja Ahab termasuk kamar tidur dan jendela yang memandang ke arah kebun anggur Nabot.
1 Raja-raja 21. Lakonan
Pencerita: Raja Ahab merupakan raja Samaria. Dia memiliki tanah yang luas dan mempunyai ramai rakyat dalam kerajaannya. Raja ini benar-benar tidak puas hati dengan tanggungjawab dan benda-benda yang dimilikinya. Di sini kita lihat bahawa Iblis ialah ilah dunia ini (2 Kor. 4:3-4) dan berkuasa atas seluruh planet ini.
Berdekatan istana Raja Ahab di Yizreel terdapat sebuah kebun anggur yang dimiliki seorang bernama Nabot. Nabot dalam 1 Raja-raja 21 sebenarnya ialah Kristus. Kristus bertanggungjawab untuk kebun anggur Bapanya. Ini menggambarkan penjagaan atau kepimpinan Jemaat. Kebun anggur Tuhan ialah seluruh kaum Israel (Yesaya 5:7).
Buat masa ini kita hanya sedikit saja tetapi dengan waktu, semua atas Bumi akan mengenali Tuhan. Tuhan/Eloah ialah penguasa pokok anggur, Kristus ialah pokoknya (Yohanes 15:1-11) dan kita dicantum kepadanya (Roma 11:16-21) atau menjadi sebahagian daripada pokok itu jika kita bertaubat, dibaptiskan dan memelihara perintah Tuhan. Kristus bertanggungjawab untuk kita dan untuk menjaga kita.
Kita tidak harus menjual pusaka kita (Imamat 25:23). Raja mempunyai banyak tanah tetapi dia juga mengingini tanah milik Nabot. Walaupun Iblis menguasai seluruh Bumi dan mempunyai Hukum-hukum Tuhan, dia memilih untuk menderhaka, mengingkari dan tidak menurut Hukum-hukum Tuhan. Kini Iblis ingin cuba merebut Jemaat daripada Kristus dengan apa sekalipun cara.
Ahab: Biarlah aku memiliki kebun anggurmu. Ia dekat dengan istanaku, dan aku ingin menggunakan tanah ini untuk kebun sayur. Aku akan berikan kamu kebun anggur yang lebih baik untuknya atau, jika kamu suka, aku akan membayar kamu harganya yang patut.
Nabot: Tidak, Raja Ahab. Aku mewarisi kebun ini daripada nenek moyang bapaku. TUHAN melarang aku memberinya kepadamu!
Pencerita: Kita lihat bahawa Raja (Iblis) ingin menukar kebun anggur ini kepada benda lain. Ini menunjukkan bahawa pokok anggur yang menggambarkan Kristus tentunya dicabut dari akarnya dan dibuang, dan sesuatu yang berlainan sama sekali ditanam di situ.
Apa yang digambarkan ini ialah pembuangan Kristus dan Jemaat daripada kebun anggur Tuhan. Ini menunjukkan kita bahawa jika Tuhan mengizinkan Raja-raja (Iblis dan Angkatan derhaka) Bumi ini menguasai kebun anggurNya, mereka akan memusnahkan Jemaat Tuhan dan HukumNya. Iblis dan para penyokongnya akan mengubahnya menjadi sesuatu yang sama sekali berbeza.
Kita lihat ini sekarang dengan agama-agama dunia ini. Mereka merayakan hari lahir, Krismas, Easter dan menyembah tuhan-tuhan palsu pada hari-hari yang salah. Agama palsu sekarang ini tidak mengajar kita siapakah Allah Maha Esa, atau bagaimana untuk memelihara Hukum-hukum Tuhan.
Dalam ayat-ayat ringkas ini: “Tidak, Raja Ahab. Aku mewarisi kebun anggur ini daripada nenek moyang bapaku. TUHAN melarang aku memberinya kepadamu!” – kita lihat cobaan Kristus yang Matius ceritakan kepada kita. Tiga kali Iblis cuba menggoda atau memperdaya Kristus; setiap kali Kristus memetik ayat Alkitab. Pada permintaan ketiga Kristus meneguhkan siapakah Allah Maha Esa yang harus disembah dan menyuruh Iblis pergi.
Matius 4:1-11

Ayat 2 mengisahkan pencobaan menawarkan kepimpinan planet pada mulanya.


Matius 4:8-9 “Dan Iblis membawa-Nya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepada-Nya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya, dan berkata kepada-Nya: "Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku." (KJV)
Iblis berkuasa atas planet ini sekarang. Iblis sudah mencuba berzaman-zaman untuk mendorong manusia dan makhluk roh untuk menyembahnya. Sepertiga Angkatan Syurga mengikut Iblis dalam penderhakaannya terhadap Allah Bapa (Wahyu 12:4).
Matius 4:3 Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!" (RSV)
Lalu Ahab pulang, murung, sedih, dan marah atas apa yang Nabot telah katakan kepadanya. Ahab berbaring atas katilnya menghadap dinding, dan tidak mahu makan. Di sini kita lihat Iblis terus menderhaka terhadap Hukum-hukum Tuhan. Dia mengingini, atau menghendaki sesuatu yang bukan miliknya, dan dia melanggar Perintah Tuhan dalam berbuat demikian. Dia susah hati yang dia tidak boleh dapat apa yang dikehendakinya. Isterinya Izebel pergi kepadanya.
Izebel: Kenapa engkau begitu murung? Kenapa tidak mahu makan?
Ahab: Sebab apa yang Nabot katakan kepadaku. Aku menawar untuk membeli kebun anggurnya atau, jika dia mahu, memberinya satu kebun lagi sebagai ganti, tetapi dia memberitahu aku bahawa aku tidak boleh memilikinya!
Izebel: Engkau raja atau bukan? Bangunlah, bergembiralah, dan makan. Aku akan mendapatkan kebun anggur Nabot untukmu!
Pencerita: Walaupun makhluk-makhluk roh tidak berkahwin, dalam 1 Raja-raja 21 Ahab (atau isteri Iblis, Izebel) mewakili jemaat-jemaat palsu yang memimpin orang jauh daripada Hukum-hukum Tuhan.
Izebel menulis beberapa surat, menandatangani nama Ahab baginya, menutupnya dengan meterai Ahab, dan mengirim surat-surat itu kepada para pegawai dan warga utama Yizreel. Surat-surat itu berbunyi: “Umumkan hari puasa, panggil rakyat bersama, dan berikan Nabot tempat terhormat. Dapatkan orang bajingan atau pendusta untuk menuduhnya di depannya yang dia mengutuk Tuhan dan raja. Kemudian bawa dia keluar dari kota dan lempari dia dengan batu sampai mati.” Izebel menerima pesan bahawa perbuatan itu telah dilakukan.
(Boleh tambah 2 anak Belial jika 2 lagi watak bercakap diperlukan.)
Ada kalanya, jemaat-jemaat palsu dan Iblis cuba menipu atau menggoda orang dengan apa cara sekalipun. Kadangkala mereka cuba berdusta kepada orang tentang bagaimana Hukum Tuhan dilenyapkan atau diubah. Ada waktunya jemaat-jemaat palsu benar-benar mencuba dan berjaya membunuh orang-orang kudus Tuhan. Kita tiada apa-apa untuk ditakuit, sebab selagi kita taat kepada Tuhan Dia tidak akan membiarkan apa-apa terjadi kepada kita yang akan menyakitkan kita.
Ada kalanya Tuhan akan mengizinkan salah seorang orang kudusNya dibunuh kerana orang itu sudahpun layak untuk Kebangkitan Pertama. Roma 8:28 memberitahu kita Tuhan bekerja dalam segala sesuatu untuk kebaikan kita selagi kita taat dan melayani Dia.
Dalam 1 Raaj-raja kita perhatikan Izebel, atau jemaat-jemaat palsud, menggunakan meterai Ahab atau Iblis. Tuhan menempatkan Iblis atas Bumi ketika namanya masih lagi Lucifer, yang bererti “Bintang Timur”. 2 Kor. 4:3-4 memberitahu kita bahawa Iblis ialah ilah dunia ini - kuasa ini diberikan kepada jemaat-jemaat palsu. Jemaat-jemaat ini menggunakan pseudo-logon atau saksi palsu untuk meniru kuasa Roh Kudus untuk menipu dan membinasakan orang.
Izebel: Nabot sudah mati. Pergi sekarang dan milikilah kebun anggur itu, yang tidak ingin dijualnya kepada kamu.
Pencerita: Kemudian TUHAN berkata kepada Elia, nabi, “Pergi kepada Raja Ahab di Samaria. Engkau akan menemuinya di kebun anggur Nabot, dan bakal memilikinya. Katakan kepadanya bahawa Aku, TUHAN, bertanya dia, ‘Sesudah membunuh orangnya, kamu merampas miliknya juga?’ Katakan kepadanya bahawa inilah firman Aku: “Di tempat di mana anjing-anjing menjilat darah Nabot akan mereka jilat darahmu!”
Dia pergi menemui Ahab di kebun anggur itu. Kerapkali cara orang cuba membunuh umat pilihan Tuhan ialah cara yang sama si pembunuh dibunuh (2 Raja-raja 1:10-15; 2:23, 24).
Ahab: Sekarang engkau mendapat aku, hai musuh?
Elia: Ya, aku memang. Engkau sudah memperbudakkan dirimu sepenuhnya dengan melakukan apa yang jahat dalam mata TUHAN. Jadi TUHAN berfirman kepadamu, “Aku akan mendatangkan malapetaka kepadamu dan Izebel, sebab kamu telah membangkitkan kemarahanku dengan memimpin Israel ke dalam dosa”.
Pencerita: Di sini kita terus melihat Ahab (Iblis) menuduh Jemaat. Kita perhatikan bahawa kebenaran akhirnya mendedahkan Iblis. Iblis tidak akan dibenarkan untuk terus membinasakan planet ini dan mencuba atau memperdaya manusia untuk mengingkari Tuhan. Iblis akan dikurung dalam jurang maut selama 1,000 tahun. Tuhan tidak berbuat apa-apa sebelum Dia memperingatkan orang dahulu (Amos 3:7).
Sesudah Elia selesai bercakap, Ahab mengoyakkan pakaiannya, menanggalkannya, dan memakai kain kabung. Dia tidak mahu makan, tidur dalam kain kabung itu, dan berjalan dengan suram dan murung. Pada zaman dahulukala ini merupakan cara untuk menunjukkan seseorang telah menyesal.
TUHAN berkata kepada nabi Elia, “Sudahkah engkau perhatikan bagaimana Ahab telah merendahkan dirinya dan bertaubat di hadapanku? Sebab dia berbuat demikian, aku tidak akan mendatangkan malapetaka padanya ketika hayatnya; hanya pada waktu hayat anaknya barulah aku akan mendatangkan malapetaka pada keluarga Ahab”.
Kita tahu daripada Rencana Keselamatan Tuhan bahawa Tuhan tidak ingin sesiapapun binasa (2 Petrus 3:9). Pada akhir 7,000 tahun atau akhir Milenium, Iblis akan sekali lagi dilepaskan daripada jurang itu dan dia akan pergi ke sana sini dan menipu bangsa-bangsa sekali lagi. Pada pertempuran akhir ini dia akan mati (Yesaya 14:16). Kewujudan rohaniahnya akan diambil daripadanya.
Iblis juga akan mempunyai peluang kedua sama seperti semua orang yang pernah hidup dan tidak mengenali Allah Maha Esa dan segala HukumNya. Iblis, seperti Ahab dalam kisah ini, mungkin akan bertaubat ketika pengadilan Takhta Putih Agung. Oleh sebab penderhakaan Iblis dia akan kehilangan atau menyerahkan kedudukannya sebagai Kerub Penjaga dan tuhan dunia ini, tetapi disebabkan kemurahan hati dan kasih tak putus-putus Tuhan Dia akan memberi Iblis nama yang baru sesudah dia berubah, dan satu lagi peranan atau tugas dalam ciptaanNya.
Ingatlah sentiasa, “Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti.”

q



Yüklə 67,5 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©www.genderi.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə